seismik

Seronok Tengok 32 Jenama Ini Tumpang Sekaki Berkampung Depan Istana Bersama Media. Meriah!

Pada hari ini jenama-jenama terkemuka dari pelbagai industri telah menapak di perkarangan Istana Negara dan membekalkan pengamal media dengan beberapa keperluan untuk mereka.

Cover image via Twitter

Sejak dua hari lepas, Istana Negara telah menjadi tumpuan petugas media susulan daripada kemelut politik yang melanda negara kita

Semua sudah sedia maklum, seramai 221 orang ahli parlimen telah dipanggail menghadap KDYMM Agong bagi menjalani interview secara peribadi untuk memutuskan siapa yang layak memegang jawatan Perdana Menteri ke-8. 

Hal ini telah berlaangsung semalam, 25 Februari, dan bersambung sehingga ke hari ini, 26 Februari.

Image via Berita Harian

Sebelum ini kita telah menyaksikan betapa tularnya kisah YDP Agong memberi pengamal media di Malaysia juadah tengahari berbentuk makanan segera iaitu KFC dan McDonald's.

Pada hari ini pula, jenama-jenama terkemuka dari pelbagai industri telah menapak di perkarangan Istana Negara dan membekalkan pengamal media dengan beberapa keperluan untuk mereka.

Tak percaya? Lihat sahaja video ini di bawah!

Berikut adalah antara brands terkemuka yang telah berada di perkarangan Istana Negara:

1. Milo

Pagi tadi lori minuman bertenaga, Milo, telah membekalkan minuman Milo sejuk secara percuma untuk petugas media di pintu masuk ke Istana Negara.

Petugas media yang berkumpul di Istana Negara telah dihadiahkan powerbank dari Xiaomi Malaysia.

3. Saji

Saji menyediakan minuman percuma kepada petugas-petugas media yang membuat liputan di hadapan Istana Negara hari ini.

Image via Sinar Online
Image via Malay Mail

4. Jabatan Amal Malaysia

Petugas Jabatan Amal Malaysia telah mengedarkan nasi bungkus kepada wartawan-wartawan di luar Istana Negara. 

5. Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM)

Petugas dari Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) hari ini mengagihkan sebanyak 120 payung secara percuma kepada pengamal media.

6. Tune Talk

Syarikat telekomunikasi, Tune Talk, dilihat mengedarkan aiskrim Malaysia secara percuma kepada para pengamal media

7. Ramer Foods and Beverages Sdn Bhd

Syarikat Ramer Foods and Beverages Sdn Bhd telah menyumbangkan air mineral kepada pengamal media yang berada di Pintu 2 Istana Negara.

8. Temerloh Catering

Menerusi IG @istana_negara, dapat dilihat Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Ahmad Fadil Hj Shamsuddin mewakili Seri Paduka Baginda YDPA menyerahkan makanan masak tempoyak ikan patin Pahang kepada petugas media.

9. Nuvit Malaysia

Syarikat penjagaan kulit, Nuvit Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan 50 unit tiub krim pelindung matahari kepada kumpulan media yang berkampung di Istana Negara.

10. Nasi Kandar Express

Hari ini Nasi Kandar Express turut menyerahkan pengamal media dengan hidangan terkenal mereka.

11. Haus Boom, San Francisco Coffee, Tealive, Nescafe & 100Plus

Kelihatan beberapa van jenama minuman seperti Haus Boom, Tealive, Nescafe, 100Plus dan San Francisco Coffee, turut berada di perkarangan luar Istana Negara.

Image via mediha_m

12. Restoran Nasi Lan Kedah

Wakil dari Restoran Nasi Lan Kedah turut hadir tengahari ini untuk menyerahkan bungkusan makanan kepada para petugas media dan pengawal keselamatan di Istana Negara.

13. Giant

Pasaraya Giant telah membekalkan pengamal media dengan biskut Cream Cracker serta tisu basah.

14. Restoran Nasi Kandar Ali Maju

Restoran Nasi Kandar Ali Maju dilihat membekalkan pengamal media dengan nasi kandar dan juga air sirap bandung.

15. Mamee

Mamee Malaysia turut berada di perkarangan Istana Negara dengan jenama mee segera express cup.

16. Marry Brown, Burger King & Texas Chicken

Rangkaian restoran makanan segera Marry Brown, Burger King, dan Texas Chicken turut menjamu para pengamal media dengan hidangan istimewa mereka.

Truck Texas Chicken.

Image via WhatsApp

17. Gong Cha

Nak minum boba pun boleh dari Gong Cha!

18. Aiskrim Nestle

Pengamal media turut dijamu dengan aiskrim daripada jenama Nestle.

Image via Aiskrim Nestle
Image via Aiskrim Nestle

19. Redoxon

Jenama kesihatan Redoxon turut berada di lokasi membekal pengamal media dengan bekalan Vitamin C.

20. Hari-Hari

Pusat pakaian Hari-Hari memberikan 100 goodie bag kepada petugas-petugas media yang membuat liputan di hadapan Istana Negara.

Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian
Image via Sinar Harian

21. Watsons

Jenama Watsons turut singgah ke perkarangan Istana Negara memberi 'Love Package' kepada para wartawan.

22. dahmakan

dahmakan juga kelihatan memberi menu istimewa kepada para wartawan.

23. MyeongDong Topokki

Hidangan Korea dari MyeongDong Topokki pun ada di perkarangan Istana Negara.

24. Das Abdul Global

Jangan terkejut tapi para wartawan kita turut diberi bantal daripada Das Abdul Global!

25. Jantzen

Petugas dari Jantzen turut singgah ke perkarangan Istana Negara dan membekalkan para wartawan, polis dan pekerja istana dengan air mineral jenama mereka.

26. Wipro

Tidak ketinggalan, petugas dari Wipro Unza Group Malaysia juga telah turun padang membekalkan para wartawan dan petugas istana dengan barangan penjagaan diri seperti tisu basah dan pewangi badan.

Image via Wipro
Image via Wipro
Image via Wipro
Image via Wipro

Betul-betul macam festival lah di perkarangan luar Istana Negara!

Image via WhatsApp

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

You may be interested in: