"Pertama Kali Dalam Sejarah" - Netizen Puji Cara YDP Agong Temu 221 MP Untuk Pilih PM Ke-8
Temuramah itu akan dilakukan secara berperingkat selama 3 hari dan akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Buat pertama kali dalam sejarah, seramai 221 Ahli Parlimen (MP) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk ditemubual secara individu
Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin yang berkata, sesi temuramah akan dijalankan secara ‘personal’ di antara YDPA dengan setiap Ahli Parlimen.
“Lebih kurang dua hingga tiga minit seorang bermula jam 2.30 petang ini, bermula kumpulan pertama dengan seramai 90 orang. Bakinya esok…,” jelasnya.
Difahamkan, temuramah itu akan dilakukan secara berperingkat dan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan tidak terlibat dalam temuramah ini berikutan Perdana Menteri Interim berkanaan sudah mengadap baginda semalam.
Ternyata tindakan yang diambil Sultan Abdullah ini mendapat pujian ramai kerana pertama kali seorang YDPA melibatkan diri secara langsung dalam pemilihan calon Perdana Menteri
Selain memuji betapa tenang, bijak dan teratur YDPA menangani masalah politik yang berlaku pada ketika ini, rata-rata turut kagum dengan cara baginda benar-benar komited dalam mendapat maklum balas daripada setiap seorang ahli Parlimen.
Antara komen menarik daripada kalangan warganet:
Tujuan temuramah ini dijalankan adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Perkata tersebut telah menjelaskan bahawa YDPA berhak melantik Perdana Menteri baru daripada kalangan ahli Parlimen.
Oleh yang demikian, temuramah itu juga dijalankan bagi mengenal pasti ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-8.
Hal ini susulan daripada peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 semalam, 24 Februari.