seismik

Macam Rombongan Bas Sekolah, Netizen Puji Ahli Parlimen BN & PAS Naik Bas Ke Istana Negara

Demi masa depan rakyat dan negara katanya.

Cover image via Twitter @ahmadmaslan

Setiap saat, rakyat menantikan perkhabaran terbaru mengenai isu politik semasa yang semakin mendebarkan kini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Image via NST

Selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta dan dilantik menjadi PM interim pada 24 Februari 2020, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan beliau.

Tidak cukup itu,  kesemua Ahli Parlimen akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan di-interview secara berperingkat selama dua hari bermula 2.30 petang Selasa, 25 Februari 2020. 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Image via The Sun Daily

Susulan itu, media melaporkan bahawa ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional (BN) menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi mengadap YDP Agong

Dalam pada itu, ahli Parlimen Pontian iaitu Ahmad Maslan turut berkongsi foto di dalam bas menunjukkan ahli-ahli Parlimen yang lain termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Selain itu, dilaporkan bahawa ahli Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga dilihat menggunakan bas untuk ke Istana Negara

Melihatkan keadaan itu, kelihatan warganet memuji ahli-ahli Parlimen BN dan PAS kerana bersepakat menaiki bas. Malah, ada juga yang mengatakan mereka kelihatan seperti sedang membuat rombongan sekolah.

Alahai comelnya! Apa-apapun, semoga masa depan politik dapat dipulihkan kepada asal. Itu sahaja permintaan rakyat buat masa ini.

Image via Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: