seismik

Di Kala Kita Kalut Politik, Ahmad Maslan Tenang Kongsi Resepi Roti Goreng. Nampak Sedap!

Hanya menggunakan bahan-bahan mudah, resepi yang dinamakan ‘Roti Wholemeal Gardenia Goreng’ ini sesuai dimakan untuk sarapan dan juga pada hari petang.

Cover image via Twitter @ahmadmaslan

Di kala rakyat Malaysia sedang sibuk mengambil tahu perkembangan semasa politik tanah air, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkongsikan resepi terkininya di laman Twitter

Sebelum ini, DS Ahmad Maslan yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selalu berkongsikan resepi-resepi menarik menerusi laman Twitter rasmi miliknya.

Image via Yahoo! Malaysia

Kali ini, DS Ahmad Maslan sempat berkongsikan resepi yang dinamakan ‘Roti Wholemeal Gardenia Goreng’ ini sesuai dimakan untuk sarapan dan juga pada hari petang.

Hanya menggunakan bahan-bahan mudah, di bawah adalah perkongsian penuh dari DS Ahmad Maslan:

Sarapan simple sedia sendiri.

Roti wholemeal Gardenia goreng dengan telur campur sos cili (french toast?).

Tumis ikan bilis mata biru Kimanis, udang kering, bawang merah, bawang putih, lada merah, sikit garam, sikit minyak sawit.

Dimakan bersama air kosong panas atau sejuk. Ok jugak.

Ternyata posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi yang mana rata-rata terhibur dengan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu

Ada yang memuji ketenangan beliau di kala topik politik sedang hangat diperbualkan, ada juga yang meminta beliau membuat buku resepinya sendiri.

Berikut adalah antara komen menarik dari warganet:

Sedang kita menunggu kesimpulan isu politik yang melanda, bolehlah buat resepi DS Ahmad Maslan ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

DS Najib pula tak lepaskan peluang troll isu politik yang melanda sekarang!

Lagi resepi menarik yang pernah dikongsikan DS Ahmad Maslan di laman Twitternya:

You may be interested in: