“Ada Aku Kisah Apa Orang Cakap, Memang Hobi Aku Masak” - Koleksi Resipi Enak Ahmad Maslan
Antara resipi-resipi beliau termasuklah Nasi Goreng Strawberi, Nasi Goreng GST, Nasi Impit Goreng, Durian Goreng Telur serta Roti Epal Hijau, dan lain-lain.
Baru-baru ini tular di laman sosial resipi Nasi Goreng Strawberry, hasil air tangan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan
Ekoran penularan resipi tersebut, bukan sahaja terdapat sebilangan netizen yang memuji resipi Nasi Goreng Strawberry itu malah ada juga yang mengecam bahkan hairan dengan penggunaan buah strawberi dalam masakan nasi goreng.
Namun begitu, menurut DS Ahmad Maslan, resipi tersebut bukanlah sesuatu yang original mahupun hasil ciptaannya, tetapi pernah direka oleh chef-chef lain sebelum ini.
DS Ahmad Maslan yang juga merupakan ahli politik bagi parti UMNO - Barisan Nasional (BN) sememangnya seorang yang aktif menggunakan laman sosial Twitter, berkongsikan aktiviti hariannya serta menggunakan medium ini untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
Bukan itu sahaja, DS Ahmad Maslan yang sebelum ini pernah mengakui bahawa memasak adalah salah satu daripada hobinya, turut berkongsikan beberapa resipi hasil air tangannya serta tidak pernah lokek ilmu masakan dan berkongsikannya menerusi laman Twitter.
Cubalah resipi-resipi DS Ahmad Maslan ini, mana tahu, anda mungkin suka! :D