seismik

Anak Muda Ini Pilih Mesin Jahit Untuk Isi Masa Lapang, Tolak Tawaran Motosikal Dari Ibu

Respect!

Cover image via Sinar Harian

"Daripada beli moto, lebih baik beli mesin jahit."

Sedang remaja seusianya kini leka dengan pelbagai gajet dan sibuk menunggang motosikal ke sana sini, seorang pelajar tingkatan empat SMK Tanjung Gemok mempunyai citarasa berbeza.

Pelajar tersebut, Khairul Amir Nor Azhar memilih mesin jahit sebagai "teman" baru bagi mengisi masa lapangnya.

Khairul Amir bersama mesin jahit miliknya.

Image via Sinar Harian

Mula menjahit sejak dua tahun lalu, Khairul Amir mengakui mempunyai minat mendalam dalam bidang jahitan dan merasakan dirinya perlu belajar lebih lagi

Memetik artikel Sinar Harian, Khairul Amir meluahkan hasrat untuk belajar
menjahit selepas tamat peperiksaan PT3 tahun lalu. Ketika itu, dia meminta ayahnya bertanya dengan mana-mana kedai jahit berhampiran untuk memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Kebanyakan kedai tak nak ambil saya bekerja atas alasan saya terlalu muda. Selepas itu ayah cuba tanya dengan abang Sani tak sangka pula dia setuju. Rupanya dia memang suka nak ajar orang menjahit dan peluang ini saya manfaatkan sepenuhnya,” kata Khairul kepada Sinar Harian.

Abang Sani (kiri) beri tunjuk ajar kepada Khairul.

Image via Sinar Harian

Selepas mahir, ibu bapanya membelikannya mesin jahit dan dia mula mengambil upah menjahit di rumah.

“Pendapatan agak memuaskan terutama pada musim perayaan, ramai orang kampung hantar untuk baiki seluar jeans dan baju raya,” katanya.

Khairul bersyukur mempunyai ibu bapa yang menyokong minatnya.

Sokongan terbukti apabila ibunya tunaikan permintaannya untuk membeli sebuah mesin jahit.

Memandangkan Khairul kini sudah berusia 16 tahun, pada awalnya ibunya menawarkan sebuah motosikal. Tetapi Khairul menolak tawaran tersebut.

“Selepas keputusan PT3 keluar, mak tanya nak motosikal ke. Saya kata, daripada beli moto, lebih baik beli mesin jahit. Syukur mak dan ayah turutkan permintaan saya itu.

“Saya sebenarnya lebih minat menjahit daripada menunggang motosikal, lagipun motor nak kena pakai duit selain bahaya. Saya tak menyesal pilih mesin jahit sebab berbaloi. Kalau pilih motor tak datangkan hasil pun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik Kedai Jahit Sani berasa sangat kagum dengan Khairul kerana dia tidak pernah jumpa anak muda yang mahu belajar menjahit

Sani Saffar Abdul Aziz, 31, mengakui terharu ketika bapa Khairul meminta supaya mengajarkan anaknya menjahit sehingga mahir.

“Lepas saya setuju, masa cuti sekolah dia mula datang walaupun jarak agak jauh dari Tanjung Gemok nak ke sini, dia naik bas itu pun ada masa tertinggal bas.

“Saya juga rasa terharu sebab budak sebayanya masih leka main telefon bimbit dan motosikal, tapi dia pilih belajar menjahit, dia juga menunjukkan prestasi tinggi selalu cuba menjahit dengan lebih baik dan dengar cakap,” kata Sani.

Sumber: Sinar Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kejayaan anak adalah hadiah paling berharga buat ibu bapa:

You may be interested in: