#Malays Trending Di Twitter, Apa Cerita Ni?
Hamaigad!
Wah, buka saja Twitter pagi ini terus nampak hashtag #Malays tersenarai dalam 'Malaysia Trends'. Top 10 pulak tu!
Bila dah nampak tu, kami terus tertanya-tanya, “Macam mana #Malays boleh trending pulak ni? Apa yang orang ramai bincangkan?" Kami yakin, mesti anda pun nak tahu kan apa isu disebalik trending ini.
Selepas habis saja buat research tentang #Malays, akhirnya kami dapat senaraikan 4 topik menarik yang berkaitan dengan trending ini. Topi-topik ini semuanya ada kaitan dengan orang Melayu. Nak tahu? Baca di bawah:
1. Nasihat dari petikan Instagram Chef Wan
Jadi baru-baru ini, Chef Wan ada memberi nasihat kepada bangsa Melayu di dalam posting beliau dalam Instagram. Menurut komen beliau, beliau ada menyatakan bahawa orang #Malays ini suka sangat bersifat dengki terhadap rezeki orang lain.
Kata beliau: "This behaviour sangat tidak baik. People oftened forget when u make such a negative comment with out thinking it is also true reflection of diri kita serta sikap kita. Be happy for them sudah lah. Lagi satu as i always suggested if kita tak ada sesuatu yang baik nak keluar dari mulut kita we are better off not saying anything at all. Otherwise that become a platform for others to create this poor habit of mengumpat orang tak kesudahan."
2. Sikap negatif #Malays
Biasalah, sudah jadi lumrah manusia untuk memberi pendapat masing-masing terhadap sesuatu isu. Tapi nampaknya, zaman sekarang ni semua benda orang nak condemn. Seperti contoh, gambar di bawah ini yang menunjukkan Neelofa sedang mengaji taranum.
Siapa sangka, gambar macam ini pun boleh diputarbelitkan menjadi satu isu negatif. Sebenarnya, gambar ini tiada apa kontroversi pun. Niatnya hanya sekadar berkongsi tetapi boleh pula dikaitkan dengan isu lain seperti riak, takbur dan sebagainya.
3. Isu racist orang-orang #Malays terhadap bangsa lain
Betul ke orang Melayu ni suka berpendapat bahawa kaum mereka lebih bagus daripada yang lain? Kami tak berani nak jawab. Apa yang kami boleh cakap, kami rasa sedih sangat bila tengok gambar kat bawah. Dah masuk tahun 2017, masih ada lagi ke mentaliti perkauman macam ni?
Rasanya, lebih elok kalau kita julang semangat 1 Malaysia, daripada kita terlalu mengagung-agungkan kaum kita sendiri. Faiz Subri orang Malaysia, Kiran Jassal pun orang Malaysia juga. Isu perkauman seperti ini tak sepatutnya diketengahkan dan perlu dihentikan serta-merta.
4. Teguran Sultan Perak kepada orang #Malays
Baru-baru ini, satu teguran telah dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin terhadap segelintir orang Melayu yang menunjukkan sifat-sifat lupa daratan apabila baru saja menikmati kejayaan kecil.
Menurut titah baginda, "Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej sosial...berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang."
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri. Baginda menasihati bahawa dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya. Ia laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa.
"Semoga ALLAH mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal menjalankan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan jalan yang mendapat keredaan-NYA," titah Sultan Nazrin
Jadi, sebagai bangsa Melayu marilah kita ambil nasihat daripada Sultan Nazrin Shah ini sebagai kata-kata positif untuk kita berubah dan berhenti menconteng arang sesama sendiri
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!