seismik

Malaysia Catat 2,555 Kes Sembuh, Tertinggi Sejak Pandemik Covid-19 Landa Negara. Respect!

935 kes positif dan 3 kematian dilaporkan hari ini.

Cover image via Malay Mail

Malaysia mencatatkan 2,555 kes sembuh daripada wabak Covid-19 hari ini, iaitu tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ianya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan).

Manakala, sebanyak 935 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini dengan tiga kematian. Kes baru itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,348 kes.

"Terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah penularan Covid-19 dalam negara," katanya.

Sabah catat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes, diikuti Selangor sebanyak 161 kes dan Negeri Sembilan 158 kes

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 103 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (lima kes), Kluster GK Tawau (dua kes) dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes).

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, empat kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan dua wanita dan seorang lelaki warga negara berusia antara 59 hingga 77 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: