seismik

Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran KWSP Sebanyak RM10,000 Kepada Semua 8 Juta Pencarum

Alhamdullilah! Semoga bermanfaat untuk semua.

Cover image via MalaysiaKini

Berita baik buat semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terutamanya kepada lapan juta ahlinya yang terjejas

Kini, kerajaan telah membenarkan had pengeluaran i-Sinar daripada RM6,000 kepada RM10,000 yang membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Menurut sumber, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kebenaran itu tidak mengira sama ahli KWSP yang hilang pekerjaan atau yang terkurang pendapatan pada tahun ini.

“Setelah berbincang dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

“Daripada seramai 2 juta ahli KWSP yang layak mengeluarkan Akaun 1 sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli KWSP,” katanya.

Image via Malay Mail

Tanpa mengira sama ada mereka pekerja sektor formal atau bekerja sendiri

Jelas Tengku Zafrul lagi, pengeluaran itu tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 KWSP.

Tambah beliau, ahli KWSP yang sebelum ini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000 kini boleh mengeluarkan wang dari Akaun 1 mereka sehingga RM10,000.

"Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: