seismik

Aplikasi Islamik 'The Noor By Neelofa', Ini Antara Fungsi Yang Anda Patut Tahu. Bestnya!

Bakal pengganti atau alternatif kepada aplikasi Muslim Pro.

Cover image via @neelofa (Instagram) & @thenoor.co (Instagram)

Aplikasi yang menampilkan konsep gaya hidup Muslim iaitu, The Noor kini boleh dimuat turun untuk sistem operasi Android dan Apple, iOS hari ini

Neelofa, 32, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya semalam dengan menyatakan aplikasi itu kini boleh dimuat turun.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app pula, kandungan aplikasi tersebut difahamkan berkaitan gaya hidup Muslim.

Selain itu, Neelofa turut memuat naik video berdurasi selama 13 minit 45 saat tentang aplikasi berkenaan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Antara fungsi dan kelebihan 'The Noor by Neelofa' yang anda patut tentang aplikasi ini ialah:

1. Tersedia lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia

Anda boleh memilih bahasa pilihan sendiri kerana aplikasi ini dilengkapi dengan lima bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.

Lebih menarik lagi, untuk bahasa Melayu terjemahannya disuarakan oleh Neelofa sendiri. Malah, difahamkan akan ada lagi pilihan bahasa lain akan datang untuk aplikasi ini.

2. 'Al-Quran Player' dan pilihan bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza

Aplikasi ini hadir dengan bacaan surah-surah daripada Al-Quran dan salah satu ciri utamanya ianya membolehkan anda memilih sendiri bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza.

3. Tunjuk arah kiblat dan fungsi senarai lokasi masjid berdekatan

Fungsi kiblat dengan pengesanan senarai lokasi untuk anda mencari masjid atau surau terdekat di kawasan diinginkan.

Paduan arah ke navigasi lokasi masjid atau surau itu boleh dicapai terus melalui Google Maps dan Waze.

4. Jadual waktu solat interaktif

Difahamkan aplikasi ini turut tersedia waktu solat yang lengkap dan interaktif. Malah ianya turut menunjukkan waktu Imsak, Syuruk dan Dhuha.

Tidak dilupakan terdapat juga paparan tarikh Hijrah di jadual waktu solat berkenaan.

5. Boleh dimuat turun melalui Google Store dan Apple Store

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang iklan dan menawarkan pemuka mesra pengguna.

The Noor kini boleh dimuat turun untuk sistem operasi Android dan iOS, App Store hari ini.

Alhamdullilah! Terima kasih Neelofa kerana wujudkan aplikasi islamik sebegini, semoga kita semua dapat manfaat darinya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: