seismik

"From Free Hair To Niqab" - Neelofa Kini Sudah Berpurdah, Netizen Doa Semoga Istiqamah

Lofa tetap nampak cantik walaupun dah berniqab.

Cover image via @neelofa (Instagram) & @naelofar (Instagram)

Teka-teki mengenai penampilan terbaru pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa yang sudah berniqab atau berpurdah akhirnya terjawab

Menurut sumber, Neelofa, 31, memuat naik status Insta Story di laman Instagramnya hari ini meminta agar semua pihak mendoakan perjalanan barunya ini.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagramnya turut melahirkan rasa syukur dengan pilihan dan penampilan anaknya itu

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku Neelofa,” tulisnya.

Dalam pada itu, para peminatnya dan rata-rata netizen di media sosial turut meluahkan rasa terharu serta bangga dengan perubahan yang diambil oleh Neelofa berkenaan

Ada yang mendoakan agar selebriti itu sentiasa istiqamah dalam memakai niqab itu, malah ada juga yang  inspired dengan tindakan Neelofa dan ingin mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: