Neelofa Dinamakan Sebagai Duta Rantau Asia Tenggara Lancôme Yang Pertama. Kudos, Lofa!
Super. Proud.
Neelofa.
Nama yang sering disebut dan dikenali sebagai seorang individu yang terus menerus memberi inspirasi kepada setiap wanita di Malaysia.
Kali ini Neelofa telah dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara PERTAMA bagi jenama produk kecantikan dari Perancis iaitu Lancome.
Secara tidak langsung, pelantikan pelakon, pengacara dan usahawan itu menjadikannya sebagai rakyat Malaysia pertama mewakili jenama berusia 85 tahun itu di peringkat Asia Tenggara.
Bangganya!
Neeloga menandakan tonggak penting dalam menghubungkan warisan joie de vivre ikonik Lancôme dalam lanskap kecantikan moden yang pelbagai dan sofistikated
Neelofa turut menjelaskan, “Lancôme telah banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun ini. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah dan bermakna.
"Saya merasa terharu dapat bekerjasama dengan Lancôme di bawah peranan baru ini, kerana saya percaya bahawa kisah, warisan, dan pengalaman bersama amatlah penting untuk wanita terutama pada masa-masa ini.
"Saya berharap dapat berhubung bersama wanita serantau dan berkongsi perjalanan kebahagiaan dan cinta ini,” katanya.
Kecantikan universal merangkumi kekuatan, kebebasan, dan kegagahan feminin
Dalam hal ini, Neelofa akan mewakili ketiga-tiga kategori; penjagaan kulit, peralatan solek, dan wangian di seluruh pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Thailand. Neelofa juga akan tampil dalam kempen Hari Raya yang pertama untuk Lancôme pada tahun 2021.
“Neelofa adalah lambang wanita Lancôme yang berkarisma. Kecantikan luarannya adalah cerminan kebahagiaan dalamannya.
"Setelah lima tahun kami bekerja dengannya, kami merasa sangat bangga dapat meraikan kejayaan besar Neelofa setelah dinobatkan sebagai Duta Besar Asia Tenggara (SEA) pertama untuk Malaysia dan juga rantau ini," kata Pengurus Jeneral Jenama Lancôme, Angeline Foo.
Ini adalah usaha bersama antara jenama berusia 85 tahun, serum #1 di Asia - Advanced Génifique dengan seorang bintang terkemuka iaitu Neelofa. Di sini, ikon saling bertemu ikon."