Malaysia vs Singapura. Setuju Tak Kalau Cakap Dua-Dua Hebat & Ada Keunikan Tersendiri?
Tak banyak beza pun Malaysia dan Singapura ini sebenarnya. ;)
Sama tapi tak serupa. Kalau cakap pasal Singapura dan Malaysia mesti akan gambarkan sebegini. Susah untuk diteka sama ada seseorang itu berasal dari Malaysia atau Singapura. Tapi bila duduk berjiran ini, baik macam mana pun mesti ada je benda yang tak kena.
Tak kisah lah pasal apa tapi mesti ada je isu. Di media sosial, sikit-sikit viral pasal orang Malaysia dan Singapura berdebat. Berdebat pasal apa?
Ini yang kita nak senaraikan benda-benda yang orang Malaysia dan Singapura selalu sangat berdebat. Anda pernah tak bergaduh dengan mereka tentang perkara di bawah tak?
1. Makanan di Malaysia ke Singapura yang lagi sedap?
Topik ini memang mana-mana negara pun selalu berdebat. Bukan Malaysia-Singapura je. Paling selalu orang ungkit mesti pasal sup tulang mereka berwarna merah.
Janganlah judge makanan itu dari luaran. Sedap je rasa sup itu, cuma warna merah nampak menakutkanlah sikit. Lagi-lagi untuk orang yang pertama kali makan. Malaysia pun ada je makanan yang orang takut nak cuba. Contohnya macam sup torpedo.
2. Bahasa orang Singapura hampir sama dengan bahasa kita. Betul tak?
Kalau dah nama berjiran, mestilah ada sedikit sebanyak lenggok yang sama kan? Contohnya macam ayat ‘Ek’, ‘Seh’, ‘Sia’ dekat hujung ayat. Baik Singapura atau Malaysia, sama je. Tapi bagus lah kalau bahasa kita digunakan secara meluas. Mungkin nanti 5 tahun lagi ke mana tahu satu dunia guna slang yang sama. Bangga kot!
3. Asyik nak tunjuk dia je yang power dan hebat. Hmmph!
Macam-macam perumpamaan mengenai orang Singapura ini. Nak dia je yang A lah, berlagak apa semua. Jangan lah main pukul rata dekat semua orang. Mungkin hanya sesetengah je yang begitu, tak bolehlah anggap satu negara sama. Setiap manusiakan lain-lain perangainya.
Orang Malaysia pun apa kurangnya. Ada sesetengah masyarakat di ruangan komen Facebook bukan main lagi, kalau boleh cara dia je yang betul. Habis itu, orang lain pandang negara kita macam mana pula kan?
4. Jem je memanjang! Sama je Malaysia ke, Singapura ke...
Sama je macam dekat Malaysia. Sebenarnya d imana-mana pun jem. Kalau anda tengok di lebuhraya Johor-Singapore Causeway/Tambak Johor tu jem dia ya ampun… Pukul berapa nak sampai Singapura, pukul berapa nak kena keluar rumah pun tak tahu. Jem sangat!
5. “Singapura power kot, ada USS!” “Eh, Malaysia lagi best! Ada JPO, GPO, MPO tau!”
Asyik-asyik nak bandingkan Singapura ada itu ini, Malaysia ada itu ini lah. Sampai ke sudah tak habis. Kan lebih baik kalau anda relax dan enjoy je. Orang Singapura kalau nak rasa shopping dengan harga yang murah, datang lah Malaysia.
Orang Malaysia pula kalau nak merasai Taman Tema yang bertaraf dunia, pergilah ke Singapura. Kira baguslah Singapura dan Malaysia bersebelahan. Kalau tak? Lagi lah tak merasa apa-apa.
Memang tak jauh beza Malaysia-Singapura ni. Tak payah susah-susah berdebat, yang penting kita hidup harmoni!
Betul tu, buat apa susah-susah bergaduh? Kalau ada yang saja nak cari pasal, buat bodoh je. Biasanya taktik tu lagi berjaya buat orang sakit hati. Baik orang Malaysia atau orang Singapura.
Yang bestnya tu, bila ada apa-apa terjadi macam negara luar kutuk Singapura, orang Malaysia pun backup! Bila ada orang Malaysia bertanding di peringkat dunia, orang Singapura pun sama kasi tanda sokongan. Jadi memang betul lah kita ni serumpun.
Apa kerjasama Malaysia-Singapura yang terbaru? Dengar cerita ada kes untuk diselesaikan?
Memang ada kes untuk diselesaikan. Kes hakim warganegara Singapura yang menghilang dan dijumpai mati dan juga kes penyeludupan pendatang asing ke Malaysia.
Dalam drama lah guys! Drama terbaru dari Viu iaitu ‘The Bridge’ ini akan menampilkan pelakon dari Malaysia dan Singapura.
Diadaptasikan dari drama Scandinavian, drama ini telah diolah semula beberapa kali termasuklah versi British-French. Ada juga versi Russia dan America. Namun, ini merupakan satu-satunya filem The Bridge versi Asia.
Gabungan Detektif Megat dari Malaysia dan Detektif Serena dari Singapura. Fuh, memang mantap!
Bukan senang nak tengok detektif Malaysia dan Singapura bergabung untuk selesaikan kes. Detektif Megat ni akan dilakonkan oleh Bront Palarae. Mesti segak bergaya.
Cerita best macam ini mestilah kena ada bunga untuk menyerikan lagi kan? Bunga dalam cerita ini ialah Rebecca Lim sebagai Detektif Serena Teo.
Kalau anda suka tengok cerita Ghost di NTV7 atau pun rancangan Muzik-Muzik di TV3 mesti anda akan excited bila dapat tahu Cheryl Samad akan berlakon dalam cerita ini!
Selepas 10 tahun menyepi, Cheryl kembali untuk berlakon dan yang penting, lakonannya masih lagi mantap. Ketiga-tiga pelakon ini memang hebat.
Rugi kalau tak tengok cerita ini. Sedikit sebanyak mengenai cerita ini bermula dengan kes di mana hakim yang dilaporkan hilang dijumpai mati dan juga kes penyeludupan ke Malaysia yang semua orang tak tahu di mana pucuk pangkalnya.
Ketaksamaan undang-undang itu wujud!
Pembunuh itu akan melakukan beberapa kes yang akan menimbulkan kacau bilau diantara kedua-dua negara. Katanya pembunuhan yang akan dilakukan itu semuanya merupakan isu-isu yang dipandang enteng oleh masyarakat tapi sebenarnya memberikan impak yang cukup besar.
Jadi, apa sebenarnya yang pembunuh tu buat, betul ke salah? Anda rasa? Jom join detektif-detektif ni buat kerja. Mana tahu, tekaan anda memang betul. Mesti anda akan berasa lebih berpuas hati.