seismik

Lelaki Ini Kongsi Debaran Berdepan Dengan Situasi Memandikan Jenazah Tukar Jantina

Status ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, hanya untuk dijadikan iktibar bersama.

Cover image via Google

Isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kini sedang berleluasa dan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dari pelbagai pandangan yang berbeza.

Ada juga pihak yang menyuarakan bahawa golongan LGBT perlu menghormati hak dan sensitiviti golongan majoriti di Malaysia. Sebagai contoh, isu penggunaan tandas yang kini sedang hangat dibincangkan.

Sebagai manusia, seharusnya anda bertindak mengikut apa yang telah ditetapkan. Ramai yang juga telah menyuarakan kekecewaan berkenaan isu tersebut.

Image via Utusan Online

Selain itu, posting seorang lelaki iaitu Syed Sohlel tentang perkongsian pengalaman lelaki memandikan jenazah yang sudah bertukar jantina telah mendapat perhatian masyarakat di laman Facebook.

Terkedu bila baca posting penuh ini:

Salah satu daripada pengalaman yang begitu mendebarkan ketika diri sendiri melalui pengalaman menguruskan jenazah seperti ini

Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah...

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai.

Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

Persoalannya, siapa yang patut uruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina?

InsyaAllah sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Mulakan proses memandikan jenazah dengan beristinjak iaitu membuang najis. Ketika itu, najisnya cukup banyak sehingga terpaksa berhenti kerana sudah terlalu lama beristinjak.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.

Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu.

Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapur barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.

Tingginya kuasa Allah SWT, jenazah tersebut kelihatan reput dan buah dada palsunya mengecut selepas kain kapan dibuka. Namun, apa yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan....

Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Sesungguhnya, posting ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Malah, ianya boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan masyarakat lain.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis. Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman ALLAH yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk".
( Surah AT-Tiin ayat 4 )

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa (Maksudnya):
"Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki".
( Hadis Riwayat AL-Bukhari )

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata (Maksudnya):
"Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki".
( Hadis Riwayat Abu Daud )

Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini.

Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

Tersentap bila baca. Semoga kita semua akan mendapat pengajaran melalui pengalaman yang begitu mendebarkan ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernahkan anda mengalami depresi seumur hidup anda?

You may be interested in: