Bakar Lemak Tubuh Dan 5 Lagi Manfaat Minum Air Kosong Selama 30 Hari. Wajib Cuba!
Jangan pandang rendah pada air kosong.
Membiasakan diri untuk minum air kosong bukanlah hal yang mudah. Di antara pilihan minuman manis, teh, ataupun kopi, air kosong sering kali menjadi pilihan terakhir.
Minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh.
Berdasarkan saranan daripada Institut of Medicine’s Food and Nutrition Board, wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari dan lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari. Keperluan cecair badan tersebut dapat dipenuhi salah satunya dengan mengambil air kosong. Saranan jumlah pengambilan air tersebut bukanlah tanpa alasan, sebaliknya didapati bermanfaat bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.
Manfaat 30 hari minum air kosong tanpa minuman manis
Terdapat beberapa manfaat yang akan anda alami jika anda mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, tanpa pengambilan sebarang minuman lain. Ini termasuklah teh dan kopi.
Berikut adalah hal-hal yang akan terjadi pada tubuh kita setelah 30 hari memilih air kosong sebagai minuman:
1. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
Menurut Frontiers in Human Neuroscience Journal, ketika anda hanya mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, otak anda akan bertindak balas lebih cepat. Hal tersebut terjadi kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum, sementara pengambilan air dapat memastikan otak memperoleh keperluan oksigen yang cukup.
Tambahan pula, air merupakan sumber oksigen terbesar untuk otak, membuatkan pengambilan air kosong selama 30 hari akan membantu anda lebih mudah berfikir dan fokus. Pengambilan 8 hingga 10 gelas air setiap hari ternyata dapat meningkatkan keupayaan kognitif anda sebanyak 30%.
2. Melambatkan proses penuaan
Pengambilan air kosong akan memastikan kulit anda cukup terhidrat sehingga dapat mengurangkan kecepatan proses penuaan kulit. Pengambilan air yang mencukupi dapat membuat kulit anda kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kedutan.
3. Meningkatkan daya tahan tubuh
Air kosong berfungsi sebagai pemangkin fungsi tubuh yang optimal. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dapat menyokong fungsi hati dan ginjal yang menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh.
Pengambilan air kosong yang mencukupi juga dapat meneutralkan kadar pH, menguatkan kekebalan tubuh anda daripada batu karang dan penyakit lain, serta membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit kepala.
4. Menguatkan fungsi jantung
Pengambilan air kosong dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung. Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology mendapati bahawa orang yang mengambil air kosong lebih daripada lima gelas sehari memiliki risiko meninggal disebabkan serangan jantung lebih rendah sebanyak 41% dibandingkan dengan mereka yang minum air kosong kurang daripada dua gelas sehari.
5. Menguatkan tulang
Air kosong dapat membantu menghasilkan semula shock absorber tulang rawan, sehingga sendi dapat bergerak dengan lancar, dan juga dapat mengurangkan kerosakan sendi akibat ketegangan. Fleksibiliti sendi juga meningkat dengan pengambilan air kosong.
6. Membakar lemak tubuh
Ketika anda minum hanya air putih selama 30 hari, tubuh anda akan menyingkirkan iritasi, racun berbahaya, dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh anda. Hal ini membuatkan tubuh anda bersih dan sekali gus membantu menurunkan lemak tubuh. Pengambilan air kosong juga dapat mengurangkan rasa lapar anda.
Kajian daripada Journal of Endicronology Clinical and Metabolism menemukan bahawa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita. Selain itu, minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya.
Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.
Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook