seismik

Masih Ketagih Merokok? Ini Antara Sebab Penting Yang Perlu Anda Ketahui

Ada kandungan dalam rokok yang boleh menyebabkan anda ketagih.

Cover image via Andres Siimon

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang yang mempunyai tabiat merokok tidak dinafikan akan sentiasa rasa ketagih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Perkara tersebut disebabkan rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan. Seseorang perokok tegar itu akan rasa lain jika tidak merokok dalam masa satu hari. Mereka akan mula rasa menggigil, kurang fokus, mudah marah dan jantung berdegup laju kerana gian untuk merokok.

Namun begitu, sebenarnya nikotin bukan penyebab penyakit berkaitan merokok, ia hanya menyebabkan anda jadi ketagih. Sebaliknya, kandungan seperti toksin dan karsinogen dalam asap tembakau ialah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan PMI Mark Bentley berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia.

"Lebih daripada 100 daripadanya sudah diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, di mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok," katanya.

Oleh sebab itu, ramai yang mula cakna dan mahu mengambil tahu tentang bahayanya merokok. Bukan setakat itu, ramai perokok tegar juga mengambil inisiatif untuk mencari produk alternatif demi kurangkan penggunaan rokok dan ada juga yang mengguna produk alternatif untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Jadi, apa itu produk alternatif yang boleh mengurangkan kemudaratan?

Antara produk alternatif kepada rokok konvensional termasuk e-rokok, vape, nikotin patch dan produk tembakau yang dipanaskan. Kalau anda nak tahu, ramai perokok telah beralih kepada produk alternatif untuk mengurangkan tabiat merokok dan sekaligus berhenti merokok pada masa akan datang. Produk alternatif seperti ini juga dikatakan mempunyai risiko lebih rendah berbanding rokok konvensional.

Contohnya, vape. Menurut tinjauan oleh Kantar, sebuah agensi penyelidikan antarabangsa, sebanyak 49% perokok beralih kepada menggunakan vape untuk mengurangkan tabiat merokok mereka.

Manakala, salah satu produk alternatif lain adalah produk tembakau yang dipanaskan atau dikenali sebagai heated tobacco products atau heat-not-burn. Ia merupakan produk yang tidak menggunakan proses pembakaran seperti rokok konvensional.

Disebabkan heated tobacco products ini cuma memanaskan tembakau, ia tidak menghasilkan abu atau asap, tetapi ia cuma membebaskan air wap. Lebih menarik lagi, ia tidak membebaskan kebanyakan bahan kimia berbahaya dan berpotensi berbahaya kerana tidak melibatkan proses pembakaran.

Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA), produk tembakau yang dipanaskan seperti IQOS dapat menghasilkan pengurangan secara purata 95% bahan kimia berbahaya berbanding rokok.

Tetapi, perlu anda ingat juga, penggunaan produk alternatif tidak bebas daripada risiko.

Tidak mudah untuk perokok yang ingin mengubah tabiat, ia memang memerlukan jangka masa yang panjang

Bukan semua perokok boleh berhenti tabiat merokok begitu saja, ada yang memerlukan jangka masa selama setengah tahun sehingga bertahun-tahun untuk tinggalkan tabiat merokok.

Seperti yang umum ketahui, kerajaan pada tahun lepas ingin memperuntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan produk alternatif seperti rokok elektronik dan vape kepada generasi penamat (GEG). Perkara ini telah menerima pelbagai reaksi dan orang ramai.

GEG sememangnya mempunyai inisiatif yang bagus namun untuk jadi lebih realistik, perlu juga untuk kita lihat pelbagai alternatif lain yang boleh mengurangkan kemudaratan merokok. Ini barulah dapat membantu para perokok tegar.

Memang ia sukar untuk perokok tegar berhenti merokok justeru, ramai yang berpendapat bahawa produk alternatif dikawal secara berbeza berbanding dengan rokok konvensional disebabkan tahap risiko dan potensi pengurangan bahayanya yang berbeza. 

Menurut Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers, pasaran gelap produk tembakau di Malaysia adalah terbesar, kira-kira 60% daripada jumlah jualan tembakau dan angka ini akan terus meningkat sekiranya Dasar GEG berlaku. Ramai yang mencadangkan kerajaan untuk menggugurkan Dasar GEG dan sebaliknya mengawal selia pemasaran dan penjualan rokok elektronik dan produk vape.

Oleh itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape. Langkah ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengawal selia produk rokok elektronik serta vape supaya lebih selamat digunakan para pengguna. Sejumlah daripada kutipan cukai juga akan disalurkan kembali sebagai peruntukan untuk KKM.

Image via Utusan Malaysia

Jadi, apa pendapat anda pula? Patutkah produk alternatif dikawal secara berbeza daripada rokok biasa?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: