seismik

"Masuk Perangkap" - Gadis Saja Puji Kecantikan EX, Sekali Teman Lelaki Kantoi Nak Stalk

Aduh, habislah kau bang.

Cover image via @officialfynaaaz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasangan yang sedang bercinta pastinya akan melalui pelbagai perkara ketika mengenali antara satu sama lain

Malah, ada juga yang sengaja 'mengenakan' pasangan mereka dan melakukan prank untuk melihat reaksi mereka.

Sama seperti video ini apabila seorang gadis sengaja membuat 'perangkap' kepada teman lelakinya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja buat perangkap nak tengok reaksi teman lelaki

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di sebuah kedai bersama teman lelakinya.

Sambil merakam dirinya, dia kemudian menceritakan yang dia baru saja melihat bekas teman wanita lelaki itu dan memuji kecantikannya.

Malah, gadis itu siap membuat tawaran sama ada teman lelakinya mahu melihat gambar bekas teman wanitanya yang dilihat semakin kurus dan cantik. Namun, teman lelakinya menolak.

Tetapi, sebaik saja dia beredar dan meninggalkan telefon di atas meja, kelihatan teman lelakinya mengambil telefon dan melihat gadis itu sedang merakam video. Ini membuatkan lelaki itu akhirnya kantoi kerana ingin melihat ex-girlfriendnya itu.

"Bang update bang macam mana sekarang ok ke" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bertanyakan apakah nasib lelaki tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 757.4K views, 66.5K likes dan 1,104 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Habislah kau bang, kantoi teruk tu :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: