seismik

[VIDEO] Prank Cakap Kena Cas RM30 Pam Angin Tayar Di Kedai, Reaksi BF Pula Bikin Dekah

Auto mencarut terus dia.

Cover image via @whooodisss_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya lelaki lebih tahu mengenai hal kerosakan kereta berbanding wanita

Tidak dinafikan mereka lebih arif dalam bab ini kerana minat mereka dalam hal tersebut. Tetapi, bukanlah semua perempuan tidak tahu mengenai hal kereta betul tak? Ada sesetengahnya lebih tahu daripada kaum lelaki.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis sengaja prank teman lelakinya mengenai hal kereta untuk melihat reaksinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@whooodisss_ baru separuh je dia bebel ni #fyp #foryoupage #prank MONEY - (LISA)

Sengaja prank boyfriend nak tengok reaksinya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil berbual bersama teman lelakinya.

Dia kemudian menceritakan situasi yang dialaminya semasa dia sedang memandu. Dia memberitahu dapat merasakan tayar keretanya seperti tiada angin dan perlu dipam segera. 

Namun, dia menceritakan kepada teman lelakinya yang dia telah pergi ke sebuah kedai kereta untuk pam tayar dan dikenakan cas RM30. Situasi itu membuatkan teman lelakinya terkejut mendengar dan memberikan reaksi luar jangkaannya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah teman lelakinya seakan tidak percaya dan geram kerana teman wanitanya membayar cas hanya untuk mengisi angin.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@whooodisss_ Reply to @kasihmelati2 sorry tak boleh control gelak dah time ni #fyp #foryoupage #foryoupage MONEY - (LISA)

"Weh tak tahan tergelak gila lepas dia carut" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi spontan teman lelakinya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 724.8K views, 82.5K likes dan 2,249 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dia punya reaksi tu kelakarlah. Macam tak boleh terima betul :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: