seismik

Maybank Tidak Kenakan Caj RM1 Bagi Pengeluaran Tunai Antara Bank Sepanjang Tempoh PKP

Alhamdulillah.

Cover image via the edge market

Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu hingga 14 April

Image via Sinar Harian

Penguatkuasaan perintah itu terpaksa dilakukan susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal.

Apa yang lebih membimbangkan, pada ketika kini bilangan mangsa yang dikesan positif wabak itu juga sudah melebihi angka 3,000 kes.

Susulan daripada perintah tersebut, pergerakan rakyat di seluruh negara diperketatkan malah pihak berkuasa polis dan tentera juga turut diturunkan bagi mengawal situasi negara ketika ini.

Memahami masalah yang sedang berlaku, Maybank pada hari ini telah mengumumkan satu inisiatif bagi membantu rakyat

Maybank dalam satu kenyataan ringkas di Facebook berkata, bank itu akan memberikan pengecualian fi RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di terminal mesin juruwang automatik (ATM)/layan diri berkuat kuasa mulai 6 April hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Ia berkata, langkah tersebut dilakukan untuk membantu meringankan beban kewangan pelanggan bagi semua bank yang mungkin perlu membuat pengeluaran tunai di terminal ATM/layan diri terdekat, berikutan pergerakan terhad susulan lanjutan PKP untuk memerangi Covid-19.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 1, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Wednesday, April 1, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi banyak artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: