seismik

Disamakan Seperti Filem 'Hunger Games', Wanita Kongsi Keadaan Kawasan Zon Merah Covid-19

Setiap dua hari akan ada beberapa orang sukarelawan yang datang untuk menghulurkan bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas.

Cover image via Twitter @intan_nurdiyana & IMDb

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan terdapat 15 kawasan yang dikenalpasti sebagai Zon Merah (bahaya) Covid-19 dalam negara, setakat ini

Zon-zon  berkenaan merupakan kawasan yang disahkan mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak Covid-19 paling tinggi.

Dalam pada itu terdapat beberapa lokasi yang mana kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perkara ini dilakukan kerana didapati ramai penduduk setempat di kawasan terbabit yang dikesan positif wabak Covid-19.

Image via CNA

Semua penduduk tempatan dan pelawat yang sudah berada di kawasan terjejas tidak dibenarkan untuk keluar mahupun meninggalkan rumah didiami mereka sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah berkenaan.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita telah berkongsikan rakaman video keadaan berada di kawasan terjejas yang disifatkannya mirip seperti filem 'Hunger Games'

Menerusi caption video terbabit, dia berkata bahawa setiap selang dua hari akan ada beberapa orang sukarelawan yang datang untuk menghulurkan bekalan makanan.

Namun begitu, penduduk setempat mahupun sukarelawan ini tidak dibenarkan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Mereka yang menjadi sukarelawan hanya akan meletakkan bekalan makanan di hadapan rumah penduduk setempat kemudian terus beredar dari situ.

Susulan daripada tularnya video tersebut, seorang lagi pengguna Twitter turut memuat naik rakaman video memaparkan suasana sama yang terjadi di kawasan tempat tinggalnya.

Hasil tinjauan di ruangan reply perkongsian itu mendapati ternyata ramai yang bersetuju dengan kenyataan bahawa suasana kawasan 'Red Zone' ini mirip filem Hollywood berkenaan

Rakaman itu juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang bersimpati, malah ada yang berasa gerun.

Sedutan dari filem Hunger Games.

Image via IMDb

Namun, menariknya, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial tersebut yang mula menggunakan 'reference' atau ungkapan daripada siri filem Hunger Games mendoakan dan mengharapkan yang terbaik buat penduduk kawasan-kawasan zon merah ini.

Berikut adalah antara reaksi daripada warganet:

Oleh itu, ingat untuk sentiasa patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 2, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, 2 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: