seismik

"Melawan Hukum Alam Piknik" - Gelagat Geng Gadis Berkelah Di Semak Samun Ini Curi Tumpuan

Dalam banyak-banyak tempat, kenapa mesti pergi situ ya?

Cover image via @nyakumahadeui (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berkelah bersama kawan-kawan di hujung minggu sememangnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan

Mungkin berkelah di sungai atau pantai sudah terlalu common, jadi ada yang mengambil keputusan untuk berkelah di tempat-tempat rare dan tidak ramai orang. Namun, kadangkala ia juga boleh menyusahkan kita.

Seperti apa yang berlaku di dalam video ini apabila sekumpulan gadis berkelah di kawasan yang kurang sesuai telah mengundang pertanyaan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nyakumahadeui

niatnya mah mo estetik tp ekspetasi w aja yg ketinggian

Anjahahhaha - One Voice

Saja cari tempat semak samun untuk berkelah, sekali rumput pula tinggi sangat sampai tak boleh bentang tikar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nyakumahadeui, geng gadis itu berada di sebuah kawasan gua yang dipenuhi semak samun untuk berkelah.

Tujuan asalnya mereka ingin merasakan vibes estetik kerana mungkin tempat itu cantik untuk bergambar. 

Namun, apa yang melucukan adalah apabila salah seorang daripada mereka ingin membentang tikar, ia tersangkut di rumput yang tinggi membuatkan mereka semua tergelak kerana tidak tahu macam mana untuk duduk.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Yang engkau pergi picnic dekat lalang dah kenapa Senah. Hahaha carilah rumput yang pendek sikit kak oi" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 11.6M views, 1.1M likes serta 5.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.

Malah, ramai yang mempersoalkan mengapa mereka memilih tempat yang kurang sesuai untuk berkelah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Benda boleh piknik dekat tempat lagi selesa, kat situ juga korang pilih ya. Kan dah mendapat :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: