seismik

Menang TikTok Shop Creator Of The Year, Pinn Yang Cadang Nak Sumbang RM50K & Buat Kenduri

Pinn Yang anggap kemenangan di TikTok Awards Malaysia 2024 satu momen bermakna.

Cover image via TV3 Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh terkenal iaitu Pinn Yang telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori 'TikTok Shop Creator Of The Year' di Anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 malam tadi, 11 Ogos

Pinn Yang berkata kemenangan yang diperolehinya itu juga merupakan satu momen yang sangat bermakna buat dirinya sebagai seorang pencipta kandungan.

"Sebenarnya saya tak sangka dapat memenangi anugerah ini dan ia adalah satu pengalaman dan momen yang sangat bermakna buat diri saya.

"Dan kemenangan saya pada malam ini sangat berkait dengan tema iaitu Realisasikan Impianmu," katanya.

Apabila ditanya adakah kaedah selalu memberikan 'gift' kepada peminat menjadi faktor kemenangan, Pinn Yang memberitahu dirinya tidak mempunyai jawapan yang spesifik kepada soalan tersebut, namun tidak menindakkan ia sedikit sebanyak membantunya meraih undian tertinggi.

"Saya tidak pasti tetapi itu perlu tanya para peminat saya. Mungkin juga pemberian ‘gift’ itu memberikan impak dan menjadi faktor kemenangan saya," katanya.

Nak sumbang RM50K dan buat kenduri bersama peminat

Sementara itu, Pinn Yang juga memaklumkan dirinya mahu menyumbang wang tunai sebanyak RM50,000 buat Yayasan Chow Kit dan bercadang mahu menganjurkan satu majlis kenduri serta beramah mesra bersama pengikut media sosialnya.

"Pertama sekali, saya akan menyumbangkan wang tunai sebanyak RM50,000 mewakili para pengundi yang mengundi saya kepada Yayasan Chow Kit.

"Saya juga sudah berjumpa dengan pihak mereka dan memaklumkan tentang perancangan saya ini.

"Dan mungkin juga saya bercadang mahu menganjurkan satu kenduri untuk menyantuni para pengikut saya," katanya.

Menurut pempengaruh itu, anugerah yang dimenanginya pada malam tadi sangat memberikan kesan positif kepadanya. Malah, ini merupakan kali pertama Pinn Yang muncul di kaca televisyen.

"Dulu saya hanyalah individu di belakang tabir dan mula menceburkan diri dalam bidang penciptaan kandungan pada tahun lepas tetapi berjaya memenangi anugerah ini. Saya bersyukur sangat," katanya lagi.

Terdahulu, Pinn Yang meraih undian tertinggi dan menang kategori 'TikTok Shop Creator Of The Year', sekali gus berjaya mengalahkan lima lagi pesaing utama iaitu @almiyaz.my, @dearcarynn, @moncherilive, @nLalchemist dan @peemondayz.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: