Meninggal Dunia Di Usia 32 Tahun, Rakan Artis Tangisi Pemergian Abam Bocey. Sebak
Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya
Awal tahun bagi 2020 nampaknya bukan suatu permulaan yang baik bagi industri hiburan tanah air di negara ini apabila seorang demi seorang penggiat seni pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya
Jika sebelum ini iaitu pada 22 Januari lalu, negara kita dikejutkan dengan pemergian seorang pengarah muzik terkenal, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U yang meninggal dunia selepas baru sahaja pulang daripada berjogging.
Terbaru hari ini, satu lagi perkhabaran menyedihkan diterima apabila pelawak terkenal dari kumpulan Bocey, iaitu Abam telah menghembuskan nafas terakhirnya dipercayai akibat demam panas.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mohktar Syed Mohd Redzuan telah disahkan meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Gombak pada awal pagi tadi
Ali yang juga merupakan adik kepada Abam memaklumkan kepada Astro Gempak bahawa dirinya telah dihubungi oleh isteri arwah, Hidayah bagi memberitahu bahawa abangnya sudah tidak sedarkan diri.
"Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya dia sudah tidak bernafas, kata Ali. "
Hidayah dalam pada itu turut mengesahkan perkara tersebut sambil memberitahu bahawa arwah suaminya itu telah demam dan mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu.
"Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tapi bila diajak ke hospital dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tiada tindak balas daripada dia," kata Hidayah.
Pemergian pelawak dan juga pelakon berusia 32 tahun itu turut memberi kesan kepada rakan artis khususnya ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Fad dan juga Achey
Achey menerusi laman Instragam telah meluahkan rasa terkejut dan sedih terhadap pemergian rakan karibnya itu.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan olehnya, Achey dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata dengan perkara tersebut.
"Kenapa awal sangat Bam? Mana janji kau?! Ya Allah guys, Abam dah takda guys."
Selain Achey, seorang lagi rakan karib kepada arwah iaitu Fad turut meluahkan rasa sedih dengan pemergiaan Abam.
Apa yang lebih menyedihkan, Fad dilihat berasa ralat dan terkilan kerana dirinya tidak berada di Malaysia pada ketika ini justeru tidak membolehkannya untuk menghadiri upacara pengkebumian arwah pada hari ini.
"Kenapa kau pergi dulu bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau."
Sementara itu, pendakwah bebas PU Amin menerusi laman Instagramnya memberikan ucapan yang sangat menyentuh hati sambil menitipkan doa buat arwah.
"Arwah tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah. Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga."