seismik

“RIP Wiraku” - Doktor Terawal Yang Beri Amaran Tentang Koronavirus Meninggal Dunia

Beliau merupakan salah seorang daripada lapan orang yang ditahan kerana cuba memberi amaran kepada orang ramai mengenai wabak itu.

Cover image via Wall Street Journal & Twitter @PDChina

Angka kematian wabak novel koronavirus yang meningkat saban hari amat membimbangkan ramai tambahan pula jumlah mereka yang dijangkiti turut melebihi 30 ribu orang di seluruh dunia

Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti koronavirus.

Image via Bangkok Post

Terbaru, salah seorang daripada lapan orang doktor yang diberi amaran oleh kerajaan China kerana cuba memberi maklumat kepada orang awam mengenai wabak itu pada Disember 2019 disahkan meninggal dunia kerana koronavirus. 

Memetik BBC, Doktor Li Wenliang, 34 tahun dijangkiti wabak tersebut ketika bekerja di Wuhan Central Hospital disahkan meninggal dunia pada 2.58 pagi waktu tempatan pada Jumaat, 7 Februari 2020.

Beliau yang juga merupakan seorang doktor pakar mata berkongsi di laman Weibo miliknya memberi amaran mengenai wabak koronavirus yang menyerupai virus SARS pada tahun 2003

Doktor Li.

Image via BBC

Kemudian, pada 30 Disember 2019, dia menghantar beberapa khidmat pesanan ringkas kepada para doktor lain supaya mengenakan pakaian pelindung ketika memberi rawatan bagi mengelakkan terkena jangkitan. 

Empat hari kemudian, dia dipanggil pihak berkuasa dan disuruh menandatangani satu dokumen. Di dalamnya, dia dituduh membuat kenyataan palsu dan telah mencetuskan panik serta mengganggu ketenteraman awam. 

Doktor Li merupakan salah seorang daripada lapan orang yang disiasat kerana menyebarkan berita palsu namun pihak berkuasa kemudiannya meminta maaf kepada beliau. 

Turut bersedih dengan kematian doktor itu adalah rakyat China. Malah mereka juga melahirkan rasa kesal kerana sikap kerajaan kerana cuba menyembunyi perkara sebenar mengenai koronavirus.

Bahasa:

"Kami bersedih dengan kematian doktor Wuhan, Doktor Li Wenliang yang malangnya dijangkiti novel koronavirus sama-sama berjuang menentang wabak itu . Setelah lama bertahan, dia meninggal dunia pada jam 2.58 pagi waktu tempatan pada 7  Februari," tulisnya. 

Bahasa:

"Saya terkedu bila melihat berita itu, bukan sahaja untuk meratapi pemergian para wira tetapi juga kerana saya risau akan masa depan negara. 

"Satu negara yang hebat tidak boleh dibuat sekiranya kerajaan mereka tidak membenarkan rakyatnya bercakap perkara benar dan tidak mahu mengakui salah mereka," tulisnya. 

Bahasa:

"Seorang lelaki yang berani berkata benar dihukum oleh kerajaan. RIP doktor," tulisnya. 

Bahasa:

"Polis Wuhan yang menegur Doktor Li kerana cuba berkata benar mengenai wabak itu harus dihukum dengan hukuman berat. Jika mereka bertindak cepat mengenainya, perkara ini tidak akan terjadi. 

"Penyebaran wabak itu mungkin dapat dikawal dengan lebih awal. RIP wiraku," tulisnya. 

Bahasa: 

"Apakah jumlah sebenar kematian dan mereka yang dijangkiti wabak itu? Kenapa orang nak menjalankan perniagaan dengan negara yang membuli dan diamkan mereka yang berkata benar?

"Masa untuk Xi hentikan pembesaran global mereka hinggalah negara itu tahu identiti mereka yang sebenarnya. Siapa yang percayakan mereka?" tulisnya. 

Bahasa:

"China mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Sekarang, ada beberapa penguatkuasa yang tersilap langkah, tapi ini semua boleh diperbaiki lagi.

"Pengganti harus belajar dari sekarang untuk menjadikan negara ini lebih baik. Sekarang saya meratapi kematiannya, semoga ahli keluarga beliau memperoleh ketenangan dan mendapat layanan sewajarnya," tulisnya. 

Setakat 6 Februari 2020, seramai 636 dilaporkan meninggal dunia kerana wabak tersebut manakala 31, 161 orang disahkan positif koronavirus

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga serta segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom-simptom wabak itu. 

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: