“Mentaliti Kelas Ketiga” - Baru Berapa Hari Buka, ‘Saloma Link’ Sudah Ditumpahi Air Milo!
Tanah tumpahnya miloku.
Umum sudah mengetahui bahawa Jambatan Saloma atau Saloma Link telah dibuka secara rasmi pada 6 Februari 2020 yang lalu
Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Menariknya, jambatan yang diinspirasikan daripada reka bentuk sirih junjung ini turut dihiasi dengan lampu-lampu LED yang akan bertukar warna menjadikan ia bukan sahaja ikon baru di Kuala Lumpur bahkan menjadi 'spot' untuk orang ramai menangkap gambar atau 'OOTD'.
Cantik, memang cantik!
Malangnya, baru sahaja beberapa hari dibuka, jambatan itu telah pun dikotori oleh pengunjung yang datang
Menerusi laman Twitter, @Twt_Cyberjaya telah berkongsikan dua buah gambar memaparkan seperti ada air yang tertumpah di perkarangan jambatan itu.
Menerusi tweet-nya, akaun tersebut turut menasihati orang ramai agar tidak membawa air apabila melalui jambatan itu kerana dikhuatiri akan berlanggar dengan pengunjung yang lain.
Ekoran tularnya gambar itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang mereka dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia
Menyifatkan segelintir orang kita masih berada di takuk 'third class mentality', mereka merasakan orang-orang seperti ini ibarat tiada common sense.
Ingin mengelak daripada perkara ini daripada terus berlaku, ada juga dalam kalangan warganet yang mencadangkan agar diletakkan pengawal keselamatan di jambatan berkenaan bagi menghalang orang daripada membawa bersama makanan atau minuman.
Antara komen menarik dari warganet: