seismik

[GAMBAR] 'Saloma Link' Siap Dibina, Jalan Kaki Dari Kampung Baru Ke KLCC 10 Minit Je!

Seronoknya boleh pergi makan sedap-sedap kat Kampung Baru dari KLCC.

Cover image via Instagram @hafizie_shabudin & | Instagram @tariazuey

Perkenalkan, Saloma Link, tarikan memukau terbaru di Kuala Lumpur

Saloma Link

Image via Instagram @alexandro_d.ng

Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.

Jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi

Saloma Link mengetengahkan konsep sirih junjung, satu simbolik dalam tradisi perkahwinan Melayu.

Image via Instagram @alexandro_d.ng

Lebih mengagumkan, sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ia turut dihiasi dengan sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikannya pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace.

Sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Image via Instagram @hafizie_shabudin

Saloma Link mengambil inspirasi daripada Bridge of Peace.

Image via Advantour

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari berkata jambatan ini dibina pada jajaran yang menepati sudut terbaik untuk menampakkan KLCC tanpa sebarang halangan.

Malah, turut tersedia dua kawasan khas untuk bergambar yang berlatarbelakangkan bangunan ikonik kebangsaan tersebut.

Melihatkan pada gambar-gambar, pasti ramai yang akan ternganga dengan seni bina hebat dan rumit Saloma Link ini. Memang menakjubkan!

Tak sabar nak try! Serius cantik sangat!

Setelah 18 bulan dibina, Saloma Link akhirnya dibuka secara rasmi hari ini, 6 Februari 2020

Jambatan ini yang menelan kos RM31 juta dijangka akan menerima sambutan hangat warga kota, sama seperti projek jambatan bertingkat yang menghubungkan KLCC dengan Bukit Bintang.

Ia pasti akan menjadi satu ikon penting buat para pelancong untuk mengabadikan kenangan di Bandaraya Kuala Lumpur.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Projek-projek di Malaysia memang hebat-hebat belaka!

You may be interested in: