seismik

Menteri & Timbalan Menteri Sedia Dipotong Gaji Demi Rakyat Ekoran Kenaikan Harga Barang

Beberapa menteri bersetuju dengan cadangan pemotongan gaji demi membantu rakyat.

Cover image via Berita Harian & Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kenaikan harga barangan kebelakangan ini semakin meruncing dan ramai juga rakyat Malaysia yang terkesan

Menurut laporan Malay Mail, empat menteri dan timbalan menteri sedia untuk dipotong gaji ekoran ketidakpuasan hati rakyat terhadap kenaikan harga barang baru-baru ini.

Menteri berikut terdiri daripada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Nanta yakin bahawa menteri yang lain juga tidak ada masalah untuk dipotong gaji demi kebaikan rakyat

Image via Berita Harian

"Jika semua orang berada di atas kapal, saya juga berada di atas kapal. Apa yang penting ialah semua orang berada pada halaman yang sama," kata Nanta, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau bersetuju dengan cadangan pemotongan gaji yang diusulkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang mempercayai bahawa tindakan memotong gaji menteri dapat menunjukkan empati kepada rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.

Nanta turut menegaskan bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, menteri tidak menerima gaji mereka selama tiga bulan, malah menyalurkan wang untuk menolong rakyat yang memerlukan bantuan.

Menurut Timbalan Menteri Mas Ermieyati, pemotongan elaun dan gaji bukanlah sesuatu yang baharu, ia pernah dilakukan sebelum ini

Namun begitu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berpendapat bahawa pemotongan gaji sebanyak 20 peratus bukanlah satu jalan penyelesaian yang kukuh bagi membantu rakyat menanggung kos sara hidup hidup yang tinggi.

Beliau percaya ada lagi jalan penyelesaian yang lebih berkesan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Image via Astro Awani

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: