seismik

"Terima Kasih, Sama-Sama" - Teruja Dapat Mainan, Reaksi Budak Lelaki Ini Jadi Perhatian

Alahai, comel je dia.

Cover image via @mrsthmhmmd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Adab yang baik memang patut diterapkan dalam diri anak-anak sejak umur kecil lagi

Perkara simple seperti mengajar mereka untuk mengucapkan terima kasih dan meminta maaf sudah mampu memupuk adab yang baik di awal usia.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini memaparkan reaksi seorang budak lelaki mengucapkan terima kasih selepas diberikan mainan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mrsthmhmmd

Always pesan kat anak dari kecil ,appreciate kalau dapat sesuatu, tak kira murah atau mahal #kidsoftiktok #tiktokkids #kidsbelike #toysforkids #fyp

original sound - - maar

Dia yang cakap terima kasih, dia juga yang cakap sama-sama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrsthmhmmd di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan reaksi seorang budak lelaki yang teruja kerana mendapat kereta mainan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila budak lelaki itu banyak kali mengucapkan terima kasih lalu mengucapkan juga sama-sama.

“Anak saya mainan beli kedai ecoshop yang murah tu pun dia bahagia sangat, sedih pula tengok sebab tak mampu nak beli yg mahal-mahal” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4M views, 208.9K likes dan 2,275 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Geram je tengok adik ni, rasa macam nak bagi lagi 10 kereta! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: