seismik

[VIDEO] "BFF" - Mungkin Sebab Terlalu Comel, Anak Kucing Ini Kena Bawa Lari Dengan Monyet

Dia memang tak nak lepas.

Cover image via @ainsyamimii_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Haiwan merupakan antara makhluk yang berkongsi bumi ini dengan kita

Oleh itu, kita akan sering melihat mereka di mana-mana, lebih-lebih lagi haiwan peliharaan. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga mempunyai gelagat yang melucukan dan selalu menjadi sumber tawa manusia.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seekor monyet membawa lari anak kucing yang comel telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainsyamimii_

apani miska ? dia buat macam anak dia dah ‍

original sound - cintaHati - cintaHati

Anak kucing pasrah dibawa naik pokok oleh si monyet

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ainsyamimii_ di TikTok, kelihatan seekor monyet sedang memegang seekor anak kucing.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila si monyet dengan selamba mendukung anak kucing itu dan membawanya ke atas pokok seolah-olah anaknya sendiri. Anak kucing itu juga dilihat pasrah dan tidak melawan.

Pemilik video juga sempat berkongsi lagi beberapa video sambungan yang menunjukkan gelagat mereka berdua.

Lihat video sambungan di bawah:

@ainsyamimii_

ohhh sebab ni rupanya si bulus suka pi dekat nyet HAHAHAHAHAH .dia yg pi sendiri

original sound - NrlAinsyamimi - NrlAinsyamimi
@ainsyamimii_

Reply to @shshshshs_233 makan pun sebelah tangan takut orang ambik anak dia

dudada dudada - FUNNY

“Kes culik boleh saman ni akta 101 kanun penculikan di bawah undang-undang permonyetan” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.5M tontonan, 285.7K tanda suka dan 3,966 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, si bulus tu mesti confuse dia anak kucing ke anak monyet :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: