seismik

[VIDEO] “Pusingan 360°” - Jatuh Motor Sebab Lantai Licin, Gate Rumah Pula Yang Disalahkan

Nak cover malu lah tu.

Cover image via @wahanautoparts_hypertech (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hujan akan membuatkan permukaan jalan licin, maka semua orang dinasihatkan untuk memandu kenderaan dengan berhati-hati

Hal ini supaya dapat mengelakkan berlakunya kemalangan ataupun perkara yang tidak diingini.

Namun, lain pula terjadi dalam satu video yang viral baru-baru ini memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh akibat lantai licin telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jatuh motor sebab lantai licin, gate rumah pula yang jadi mangsa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wahanautoparts_hypertech di TikTok, kelihatan rakaman CCTV menunjukkan seorang pelajar lelaki sedang menunggang motosikal ingin memasuki kawasan rumah.

Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pelajar tersebut tiba-tiba membuat spin lalu terjatuh daripada motornya akibat lantai licin yang dibasahi hujan.

Lebih menghiburkan hati adalah apabila dia dilihat mengangkat tangannya seolah-olah tidak puas hati terhadap gate rumah.

“Member stress balik sekolah boleh pula spin mesti yang dalam rumah tu gelak berdekah” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 715.8K tontonan, 57.6K tanda suka dan 655 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa salah pagar rumah tu? Tak pasal-pasal jadi mangsa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik