seismik

Tak Nak Gunting Rambut, Lelaki Pakai Rambut Palsu Pergi Konvokesyen Ini Curi Tumpuan

Lawa betul rambut dia.

Cover image via @perlukann (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Konvokesyen merupakan hari yang penting dan bersejarah buat siswazah

Namun, setiap majlis pasti mempunyai peraturan yang harus diikuti. Sebagai contoh, siswazah lelaki mestilah berambut pendek dan kemas.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok, berkenaan seorang siswazah lelaki memakai rambut palsu sewaktu konvokesyen telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sayang nak potong rambut, pakai rambut palsu jelah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @perlukann di TikTok, kelihatan seorang siswazah lelaki berjubah konvokesyen sedang berada di sebuah tempat parkir kereta.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia menanggalkan rambut palsunya dan menunjukkan rambut aslinya yang panjang.

“Bro, that's genius. Aku baru potong rambut panjang aku semalam sebab konvokesyen punya pasal” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 3.4M views, 275.6K likes dan 2,852 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Idea yang bernas! Apapun, lawa betul rambut abang ni :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: