seismik

"Mungkin Ada Hikmah" - Mizz Nina Redha Tapi Tetap Usaha Padam Foto & Video Sebelum Hijrah

Mizz Nina mula mengenakan hijab sepenuhnya pada tahun 2013.

Cover image via Instagram @officialmizznina

Buat yang mengikuti industri seni pasti mengetahui Mizz Nina dari awal kemunculannya sehinggalah ke hari ini

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman sebelum ini pernah membawa nama ke persada antarabangsa apabila dia berduet dengan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat seperti Colby O’donis dan Flo Rida dalam lagu-lagunya.

Bahkan, sebelum bergelar penyanyi solo, Nina juga pernah aktif sebagai penyanyi terutama genre hip hop dari 1999 hingga 2012 bersama kumpulan Teh Tarik Crew.

Meskipun begitu, takdir menentukan segalanya apabila beliau dipilih untuk menerima hidayah Allah SWT, sekali gus memilih untuk mengenakan hijab bermula tahun 2013

Walaupun sudah berhijrah hampir 6 tahun namun gambar-gambar serta video-video sebelum penghijrahannya masih boleh didapati di layar internet.

Nina berkata, sebelum ini dia dan suami, Noh Salleh sudah berusaha sedaya-upaya meminta pihak terbabit memadam gambar dan video berkenaan.

Sungguhpun ia agak mustahil, Nina tetap tidak melatah bahkan melihat perkara itu dari sudut positif.

"Mungkin ada hikmahnya. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya.

"Kami sudah berusaha meminta supaya video dan gambar lama itu dipadamkan mengikut prosedur yang kami tahu. Justeru, saya kini positif dan akan terus berusaha lagi. Malah, saya juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik," katanya.

Nina yang tidak lagi menyanyi kini bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan selain kerap kali dijemput menjadi jurucakap untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada masyarakat serta dalam program berbentuk dakwah Islam

“Saya tak akan menyanyi lagi. Saya suka dengan kehidupan sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan. Biarlah suami saja yang terus aktif dalam karier nyanyiannya dan saya sekadar menyokong Noh dari belakang," jelasnya.

Bukan itu sahaja, beliau sekarang turut menyimpan impian untuk menyiapkan buku biografi mengenai diri dan penghijrahannya. 

"Saya sudah menulisnya sejak beberapa tahun lalu tetapi hingga kini nampaknya belum lagi berjaya disiapkan kerana saya menulis apabila ada ilham.

“Lagipun, saya tidak mahu terburu-buru menyiapkannya kerana dalam buku itu ada banyak perkongsian berkaitan diri saya sendiri. Perubahan dari dulu ke sekarang," ujarnya kepada Harian Metro.

Alhamdulillah.

Kita juga boleh membantu Mizz Nina dengan tidak lagi melihat gambar serta video lamanya. Sama-samalah kita doakan agar diri ini sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini Nina pernah mencabar wanita Muslimah untuk mengenakan hijab pada bulan Ramadan. Tak perlu tunggu Ramadan, bila-bila masa boleh cuba berhijab!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: