'Selamat Tinggal MAPS' - Taman Tema Movie Animation Park Studios Ditutup
MAPS hanya beroperasi selama dua tahun setengah.
Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh ditutup mulai hari ini, 28 Januari 2020
MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta diumum tutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young
MAPS merupakan taman tema animasi yang pertama seumpamanya di Asia
Dibuka pada 26 Jun 2017, MAPS menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks.
Pihak MAPS yakin taman tema ini dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung sehingga akhir tahun 2017 selepas dibuka kepada umum.
Malangnya, MAPS berkubur hanya selepas dua tahun setengah beroperasi
Melihatkan pada komen netizen, ramai tidak berpuas hati dengan harga tiket MAPS yang dikatakan terlalu mahal pada awalnya.
Selain lesen Dreamworks ditamatkan, kekurangan promosi juga barangkali menjadi salah satu faktor taman tema ini tidak mendapat sambutan ramai.