seismik

Mulai 1 April, Banyak Kedai Serbaneka Daiso Di Malaysia Dikhabarkan Bakal Tutup. Betul Ke?

Oh no!

Cover image via aeonretail

Siapa sahaja yang tidak tahu dan menggemari kedai serbaneka Daiso

Image via aeonretail

Dimiliki oleh syarikat dari Jepun, kedai serbaneka Daiso sentiasa menjadi pilihan ramai termasuklah dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri kerana ia menjual pelbagai barangan seperti perkakas rumah, barangan peribadi, alat permainan dan banyak lagi pada harga yang jauh lebih murah.

Masuk sahaja ke dalam kedai serbaneka ini, rata-rata pengunjung pastinya akan berasa teruja apabila melihat setiap barangan yang dijual di sini kerana kebanyakan daripadanya adalah unik dan comel-comel belaka.

Namun berita yang ingin kami sampaikan kali ini mungkin akan menghampakan rata-rata peminat kedai serbaneka Daiso di Malaysia.

Di Twitter, viral satu khabar angin yang menyatakan bahawa sejumlah cawangan Daiso yang telah dibuka di negara ini bakal ditutup dan menamatkan perniagaannya

Image via Twitter
Image via Twitter

Menerusi perkongsian itu, dia berkata dirinya sendiri baru mengetahui bahawa beberapa cawangan Daiso bakal ditutup bermula 1 April ini.

Terdahulu, khabar angin itu turut disebarkan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @msialifejp.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat di dalam poster itu, ia memaklumkan bahawa hari terakhir operasi bagi kedai serbaneka Daiso adalah pada 31 Mac 2020 kecuali di beberapa buah cawangan yang lain.

Cawangan Daiso yang akan terus beroperasi terletak di beberapa lokasi antaranya Gurney Paragon, Bintang Megamall, Mid Valley, IOI Mall Puchong, dan The Curve.

Khabar angin itu telah membuatkan rata-rata peminat kedai Daiso tidak senang duduk dan kecewa

Sementara itu dalam satu kemaskini yang dibuat, dimaklumkan bahawa cawangan yang ditutup hanyalah di DAISO East Coast Mall

Artikel berkaitan:

You may be interested in: