Muslim Insiders & KNKV Group Lancar National CEO Symposium 2025, Himpunkan Usahawan & CEO
Acara yang dinantikan bagi memperkasa CEO dan pengurusan tertinggi menghadapi cabaran ekonomi yang semakin kompleks pada tahun 2025.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya baru-baru ini, Dewan Perniagaan Muslim Insiders (Muslim Insiders Chamber of Commerce) dengan sokongan KNKV Group telah melancarkan 'National CEO Symposium 2025'
Acara yang dinantikan bagi memperkasa CEO dan pengurusan tertinggi menghadapi cabaran ekonomi yang semakin kompleks pada tahun 2025.
Dihadiri tokoh korporat utama dan disokong oleh beberapa organisasi perniagaan terkemuka, simposium ini bertujuan memperkukuhkan daya tahan perniagaan di Malaysia melalui bimbingan dan strategi yang menyeluruh.
Simposium yang berlangsung di Petaling Jaya ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Dr Zurainah Musa, yang juga baru dilantik sebagai Pengerusi KNKV Group.
Dalam sidang media yang diadakan, beliau menekankan bahawa peranan KNKV Group sebagai penyokong strategik Dewan Perniagaan Muslim Insiders adalah penting untuk mendorong pertumbuhan lestari dan mampan dalam kalangan usahawan Malaysia.
Simposium ini menampilkan barisan penceramah utama termasuk Presiden Muslim Insiders, Profesor (Adj) Haji Adam Richman; Lee Shin Mei, Ketua Pegawai Operasi CTOS; Norazlin Mohd Dahari, Ketua Bisnes Takaful Korporat Great Eastern Berhad; serta Jenny Lim, Naib Presiden Perniagaan Baharu Muncul OCBC Bank (Malaysia) Berhad.
Penceramah akan berkongsi pandangan dalam topik seperti perlindungan kewangan perniagaan, strategi takaful, serta prospek perbankan dan pasaran yang akan membolehkan peserta mengukuhkan daya saing mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi tahun depan.
Bantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Profesor (Adj) Haji Adam Richman, "National CEO Symposium 2025 akan melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan dan menguntungkan sepanjang tahun 2025. Kami ingin membantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin,” katanya.
Jelas beliau lagi, untuk menyertai Simposium ini, peserta mesti merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau pembuat keputusan dalam syarikat yang mencatatkan jualan tahunan tidak kurang dari RM5 juta, mempunyai rekod perniagaan yang bersih, serta mempromosikan mesej jenama yang positif. Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama, malah ia juga diharapkan dapat memperkukuhkan daya tahan perniagaan di Malaysia.
Dengan kerjasama dari pelbagai pihak, Simposium ini dijangka menjadi platform utama bagi memperkukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia dan membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.
Dalam pada itu, KNKV Group turut mengumumkan Senator Dewan Negara, Datuk Seri Dr Zurainah Musa selaku Pengerusi baharu mereka dalam usaha memberi nilai strategik kepada kumpulan itu.
Jelas Adam Shah, melalui pengalaman luas Zurainah, beliau mampu memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia.
Katanya, inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama, malah ia juga diharapkan dapat memperkukuhkan daya tahan perniagaan di Malaysia.
“Dengan kerjasama dari pelbagai pihak, simposium ini dijangka menjadi platform utama bagi memperkukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia dan membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!