Nadi Rafa Hijab Lancar Koleksi Sedondon Ibu & Anak Gunakan Fabrik Tencel™
Datin Seri Heliza Helmi kongsi utamakan hijab yang selesa dalam rutin harian & aktiviti usahawan.
Cover image via @nadirafahijab (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datin Seri Heliza Helmi, yang terkenal dengan kariernya sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi, serta aktivis kemanusiaan, penggemar sukan memanah sambil berkuda baru-baru ini mengumumkan pra-pelancaran jenama hijab terbaharu, Nadi Rafa Hijab
Beliau bertindak sebagai jurucakap dan pengacara majlis semasa berlangsungnya Hari Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Islam Puncak Jalil (SRIIPUJ) di Stadium Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), Cheras.
Berlandaskan slogan "Anggun, Selesa, Bergaya", Nadi Rafa Hijab merupakan buah fikiran Datin Siti Nadiah Mislan. Pengasasnya terdetik menghasilkan hijab yang bergaya namun selesa dan mudah dipakai oleh anak beliau, Widad Rafa yang berumur 10 tahun.

Walaupun telah terdapat beberapa jenama hijab untuk kanak-kanak di pasaran, tiada yang tepat dengan cita rasa Datin Nadiah dalam pencariannya. Beliau lalu memutuskan untuk menghasilkan jenama hijab sendiri yang sesuai dipakai oleh kanak-kanak dalam pelbagai situasi sama ada untuk pemakaian harian, ketika bermain atau bersukan, mahupun ke majlis yang lebih formal.
Datin Nadiah tidak berhenti dengan hijab kanak-kanak sahaja, malah menghasilkan hijab yang sama dalam saiz yang sesuai dipakai orang dewasa agar ibu dan anak dapat menggayakan stail hijab yang sama lantas mencipta momen indah bersama-sama.
Nadi Rafa Hijab tampil fabrik Tencel™ mesra sukan khas buat ibu dan anak
Antara produk menarik Nadi Rafa Hijab ialah model Wafa Cotton Shawl yang diperbuat daripada fabrik Tencel™ berlesen yang dihasilkan syarikat Lenzing AG dari Austria. Fabrik ini lembut dan sejuk, memudahkan aliran udara, mudah menyerap peluh, serta cepat kering agar hijab tidak mudah berkepam walaupun ketika bersukan.
Mengulas mengenai kelebihan produk tersebut, Datin Seri Heliza Helmi berkata keselesaan berhijab amat penting dalam menjalankan kerja harian.
"Saya memang pentingkan keselesaan dalam berhijab agar mudah menjalankan kerja-kerja seharian terutama jika melibatkan aktiviti di luar atau aktiviti berpeluh kerana keselesaan ini dapat mendorong produktiviti yang amat diperlukan untuk berjaya dalam apa sahaja pekerjaan yang dilakukan jadi Wafa Cotton Shawl dari Nadi Rafa Hijab ini memang sesuai dengan jiwa saya," kata beliau.
Satu lagi sisi menarik Wafa Cotton Shawl dan Cotton Square Hijab dari Nadi Rafa Hijab adalah ketersediaannya dalam warna-warna lembut. Pilihan ini berlainan daripada kebanyakan jenama hijab kanak-kanak yang rata-rata lebih banyak berwarna terang dan bercorak kartun.

"Tujuan saya menghasilkan produk Nadi Rafa Hijab ini pada mulanya memang untuk memenuhi citarasa anak saya sendiri yang lebih gemarkan warna-warna lembut dan bentuk hijab yang mirip mamanya berbanding hijab sarung kanak-kanak yang terdapat di pasaran," kata Datin Nadiah ketika ditemui pada acara Hari Sukan Tahunan SRIIPUJ tersebut.
"Lalu kami menghasilkan dua saiz iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa bagi setiap model agar dapat digayakan mengikut muka masing-masing, dan menggunakan material fabrik yang lembut dan sejuk agar dapat dipakai seharian tanpa rasa kurang selesa," sambung beliau.
Koleksi Wafa Cotton Shawl dan Cotton Square Hijab kini boleh didapati dalam saiz berbeza bagi kanak-kanak dan dewasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di www.nadirafahijab.com atau ke laman Instagram rasmi di @nadirafahijab.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


