seismik

"Najib Tak Saman WSJ Kerana Takut Kebenaran Terbongkar,” Kata Tun M

Saman atau tidak, kita tunggu keputusannya.

Cover image via SAYS

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang enggan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) adalah kerana beliau mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar

Tun Dr Mahathir berkata, tindakan saman harus dibuat oleh Najib dan beliau tidak perlu memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja. Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah."

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Tun Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya semalam.

themalaysianinsider.com

Tambah Tun Dr Mahathir lagi, beliau sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya

Beliau memberitahu bahawa beliau sudah menasihati dan menghantar surat 'kata tidak sokong' kepada Najib, tetapi Perdana Menteri tersebut tidak mengambil peduli akan nasihatnya itu.

Image via www.ndtv.com

"Bukan saya seorang saja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

themalaysianinsider.com

Berhubung dengan kenyataan yang beliau menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara, Tun Dr Mahathir menafikannya tetapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

Image via www.ismaweb.net

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

themalaysianinsider.com

Pada sidang media tersebut juga beliau sekali lagi menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran

Tun Dr Mahathir berkata Apandi perlu angkat sumpah dengan Al-Quran dan tidak boleh berbohong kepada Tuhan, jika tidak beliau akan memasuki neraka.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal (WSJ) suatu ketika dulu

Beliau mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir tidak menyaman bekas editor Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.

"Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya," kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

malaysiakini.com

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Barry Wain melalui penulisannya di dalam buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times".

Wain menulis, semasa Tun Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau ialah "bersih, cekap, amanah."

Wain menandatangani salinan bukunya di satu majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur, 20 Mei 2010

Image via www.themalaysianinsider.com

"Tun Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh.

malaysiakini.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi berita mengenai Najib dan 2.6 bilion di SINI:

You may be interested in: