seismik

Najis Kucing Punca Kematian, Wanita Redha Anak 9 Bulan Meninggal Dalam Kandungan

Semoga dia terus kuat hadap ujian ini.

Cover image via @dynayusof88 (TikTok) & Kitty Scarevet (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai zuriat merupakan rezeki daripada Allah SWT

Apatah lagi buat pasangan yang sudah lama menantikan saat untuk bergelar ibu dan bapa. Pasti pelbagai persiapan dan kelengkapan sudah dilakukan untuk menyambut si kecil ini.

Namun, hati ibu mana yang tidak hancur saat mengetahui bayi kandungannya mengalami masalah kesihatan bahkan sehingga meninggal dunia.

Begitulah ujian yang dihadapi oleh seorang wanita apabila terpaksa menerima kententuan selepas bayi yang berusia sembilan bulan dalam kandungannya meninggal dunia.

Dapat tahu punca kematian selepas tiga bulan bayi meninggal

Menerusi video yang dimuat naik, usahawan wanita yang dikenali sebagai Dyna Yusof berkongsi kisah sedih berkenaan selepas enam bulan kejadian itu berlaku.

Menurutnya, sejak awal bayinya sangat aktif tetapi ia mula berubah ketika pemeriksaan kandungan terakhir. Doktor memaklumkan jantung bayinya sudah terhenti.

Dia menceritakan kembali saat duka selepas doktor tersebut memberitahu bahawa bayinya itu sudah meninggal dunia.

"Doktor cakap jantung bayi dah terhenti dan dah tak ada. Masa tu terkejut dan tanya doktor, bayi saya ke mana? Doktor jelaskan perkara tu pada suami dan saya," jelasnya.

Pada awalnya, doktor masih tidak dapat mengesahkan punca kematian bayinya. Namun, selepas tiga bulan doktor akhirnya berjaya mengesahkan punca kematian itu yang membuatkan dia sendiri tidak menyangka.

Virus najis kucing terkena pada bayi dalam kandungan

Rupa-rupanya bayinya dijangkiti virus Toksoplasmosis (daripada najis kucing) sejak awal kandungan lagi.

Oleh kerana bayinya sudah tidak bergerak lagi, dia bersalin secara normal tanpa induce. Malah, dengan perkara yang berlaku itu dia tidak pernah menyalahkan kucing dan redha dengan apa yang telah terjadi.

Dyna turut memberi pesanan buat ibu hamil di luar sana agar lebih berhati-hati dan cuba elakkan diri daripada terkena jangkitan virus tersebut.

Lihat video itu di bawah:

@dynayusof88 Sy bukan peminat kucing , sy tak pernah sentuh atau uruskan kucing , dan virus ni mmg serang janim dalam kadungan momy . Saya tak salahkan kucing , itu dah takdir ujian untuk kami .. sy tak boleh cerita panjang sakitnya sampai ke harini Sy hanya share pengalaman sy #jamumodenvdare #fyp #madamD #toxplasmosis Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama

Tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia. Syurga tempat anak awak :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: