Individu Bangga Ada Skandal Dengan Isteri Orang, Komen Netizen 'Menggatal' Jadi Perhatian
Macam ini pun ada ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TikTok kini sudah menjadi antara platform sosial media yang paling digemari ramai
Tidak kiralah tua mahupun yang muda. TikTok juga dipenuhi dengan pelbagai konten daripada tips, ilmu sehinggalah viral.
Namun, baru-baru ini tular apabila seorang individu di TikTok berkongsi rasa bangganya kerana mempunyai skandal.
Video itu kemudian dimuat naik kembali di laman X yang ternyata mendapat perhatian ramai.
Menerusi ciapan yang dimuat naik pengguna di laman X itu, dia menunjukkan tangkap layar sebuah video di TikTok yang ditemuinya.
Difahamkan, individu di TikTok itu berkongsi cerita 'terindah' dalam hidupnya apabila berskandal dengan isteri orang.
Individu itu juga menulis mereka akan berhenti berhubung agar masing-masing dapat beri tumpuan kepada pasangan mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!