Rider Ini Bergurau Dengan Tan Sri Vincent Tan, Buat Macam Pak Cik Sendiri Nak Pinjam RM100
Sporting je beliau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerjaan sebagai rider sudah tentu banyak cabarannya
Tambahan lagi, banyak risiko yang perlu dihadapi contohnya seperti keadaan cuaca. Bukan itu saja, ragam pelanggan juga harus dilayan. Tetapi, ada juga keseronokan sebagai rider ini sebenarnya.
Seperti video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang rider lelaki yang teruja semasa berjumpa Tan Sri Vincent Tan di sebuah pusat beli-belah.
Difahamkan, dia telah datang ke sebuah kedai minuman kerana terlupa membayar minumannya.
Namun, semasa dia datang ke kedai dia telah berjumpa dengan seorang lelaki yang pernah dilihatnya. Tetapi semasa itu dia tidak tahu nama individu tersebut.
Malah, apa yang lebih selamba adalah dia siap meminta duit RM100 padanya.
"Aku cakap kat dia nak pinjam seratus boleh? Dia bagi weh duit kat aku," ujarnya.
Untuk pengetahuan anda, individu berkenaan adalah Tan Sri Vincent Tan yang merupakan ahli perniagaan dan pelabur berbangsa Cina di Malaysia. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad.
Difahamkan, ketika itu sebenarnya Tan Sri Vincent Tan hadir bagi merasmikan sebuah premis kedai di sana.
"Astaga dia boleh pinjam seratus kat Vincent Tan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 78.9K likes dan 728 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!