Wanita Bertukar Jadi Oren Selepas Makan Lobak Merah Setiap Hari Selama 3 Bulan Untuk Diet
Dia telah makan sebanyak 200g hingga 500g lobak merah sehari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kulit seorang wanita di China bertukar menjadi warna oren selepas dia makan sehingga 500 gram lobak merah sehari
Wanita dari Beijing itu, berkongsi video di platform media sosial China Weibo bahawa, sejak Julai, dia telah makan kira-kira 200g hingga 500g lobak merah sehari sebagai pengganti makanan ringan.
Malah, dia juga akan menyalut lobak merah dengan serbuk kunyit dan menumisnya untuk dijadikan snek.
Namun, pada sekitar cuti Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober lalu, dia melihat ke cermin dan terkejut apabila mendapati wajahnya bertukar menjadi warna kekuningan.
Selepas bertemu doktor, dia diberitahu bahawa pengambilan lobak merah secara berlebihan adalah punca di sebalik perubahan warna kulitnya itu.
Dia dinasihatkan oleh doktornya supaya minum banyak air dan mengelakkan makan makanan berwarna oren buat sementara waktu, supaya ia akan pudar dalam masa dua bulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!