seismik

Mandi Pakai Tangki Air Rumah Orang, Video Sekumpulan Warga Asing Ini Cetus Kemarahan Ramai

Suka hati je ya.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, kita boleh lihat lambakan warga asing yang memenuhi sekitar kota raya

Kebanyakannya datang ke Malaysia untuk bekerja demi menyara keluarga. Banyak juga kita boleh lihat di media sosial ada yang berkongsi mereka hanya makan ala kadar saja untuk mengikat perut berjimat.

Kita tidak bolehlah memandang rendah terhadap sesetengah warga asing dan menganggap mereka jahat kerana ada saja yang baik.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan perangai sekumpulan warga asing yang selamba mandi-manda di kawasan tangki perumahan telah mendapat perhatian ramai.

Selamba buka mandi air tangki

Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi situasi yang kurang menyenangkan di depan matanya.

Dia terkejut apabila memandang keluar tingkap dan mendapati sekumpulan warga asing sedang sibuk mandi.

Apa yang lebih membuatkan dia lebih tidak menyangka adalah mereka mandi di kawasan tangki perumahan dan dengan selamba membuka tangki-tangki tersebut untuk mengambil air.

Lihat video itu di bawah:

Boleh pula dia buka tangki tu mandi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: