Ibu Pegang Erat Kubur Anak Tak Nak Lepaskan Sebab Israel Mahu Buat Taman Tema. Kejam!
Kesiannya Ya Allah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, sehingga kini masih berlaku peperangan di antara Palestin-Israel
Banyak nyawa yang tidak bersalah terkorban dalam konflik tersebut, situasi ini semestinya telah menyayat hati dunia.
Tidak cukup dengan itu, tular satu video baru-baru ini apabila seorang ibu tidak mahu beredar dari kubur anaknya selepas kerajaan Israel mahu merobohkannya.
Di dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita ketika itu sedang berada di kubur anaknya. Namun, dia dilihat berpegang erat kepada kubur anaknya itu selepas difahamkan kerajaan Israel mahu merobohkannya untuk membuat taman tema di sana.
Situasi itu membuatkan dia tidak boleh menerima kenyataan. Apa yang lebih membuat ramai geram adalah beberapa orang tentera di situ turut menarik dan menghalaunya.
"You cant get any lower than the israelis in terms of morals" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut mengecam tindakan berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 989.3K views, 19K repost dan 35K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!