Nak Capai Impian Memang Bukan Mudah. Lebih-Lebih Lagi 6 Impian Utama Ini. Betul Tak?
Banyak betul halangan yang mendatang. Sabar ajelah.
Setiap orang pasti mempunyai impian dan angan-angan yang ingin dicapai suatu hari nanti bukan? Cepat atau lambat sahaja.
Contohnya, kalau dari zaman belajar dulu teringin nak pakai telefon canggih. Yelah, zaman belajar pakai phone cikai je, asalkan boleh telefon orang dan mesej pun sudah memadai. Sebab itulah adanya azam untuk kumpul duit untuk beli telefon baru. Guna duit sendiri barulah puas hati.
Bila bercakap tentang kerja, keinginan untuk mencapai sesuatu itu membuak-buak bila tengok kawan-kawan yang lain dapat mencapai impian mereka setelah mula bekerja.
Bagi setiap anak muda di luar sana pasti tidak terlepas dari mempunyai impian yang tinggi. Contohnya seperti...
1. Bercita-cita untuk membeli rumah sendiri tapi tak sempat nak kumpul duit. Hmmm...
Setiap anak muda yang sudah mula bekerja biasanya akan menyewa bilik kalau tak duduk dengan mak ayah. Tapi, lama-kelamaan mesti boring menyewa dan akan ada rasa untuk miliki rumah sendiri bukan? Lebih-lebih lagi setelah lama bekerja.
Namun, angan-angan itu tanpa disedari terkubur sebab tak sempat nak kumpul deposit rumah, duit dah habis digunakan untuk tujuan lain. Contohnya beli kopi mahal setiap pagi, langgan perkhidmatan langganan muzik, platform penstriman video, keahlian gym, belanja kawan dan macam-macam lagi.
2. Terasa nak pakai kereta mewah. Tapi bila kira balik gaji tahunan, alamak tak cukup bajet daa...
Bila tengok kereta-kereta mewah lalu depan muka setiap hari, rasa macam geram je nak beli satu. Mesti pernah berangan dapat pandu kereta gempak pergi kerja, selesa, perjalanan ke tempat kerja pun lebih cepat. Tapi bila buat kira-kira, gaji anda masih belum mampu untuk miliki impian itu.
Sebenarnya bila dah ada kereta, komitmen bulanan akan makin bertambah. Servis, ansuran bulanan, minyak, tol dan pelbagai lagi. Kalau belum mampu, tidak mengapa. Naiklah kenderaan awam dahulu. Bila sudah mampu, baru beli kereta idaman okay?
3. Jenis yang terlalu mengejarkan teknologi terkini. Kalau ada telefon pintar baru, terus nak tukar walaupun yang lama masih boleh digunakan.
Memang susah nak menahan godaan daripada membeli telefon pintar terbaru yang semakin lama semakin canggih. Walaupun telefon yang anda pakai sekarang itu belum sampai setahun, kedatangan lambakan telefon pintar yang lain membuatkan anda rasa telefon anda itu tak cukup sifat.
Maklumlah, zaman sekarang ni gajet di dalam poket menandakan status sosial, sampai ada yang sanggup bergolok bergadai semata-mata nak nampak up-to-date dengan trend terkini. Kalau anda juga salah seorang, mohon hindarkan diri daripada lembah ini ya.
4. Selalu sangat online shopping sehingga kredit kad dah sampai limit. Aiyoo!
Bila dah bekerja dan mula pegang duit sendiri, tangan mesti gatal nak beli itu ini bukan? Paling tidak, mesti akan ada satu kad kredit untuk kegunaan harian seperti makan, isi petrol dan sebagainya. Tapi kalau dah kerap sangat guna, tak sedar kad kredit dah sampai limit.
Masa itu memang tak dapatlah nak lunaskan hajat untuk membeli walaupun ada banyak promo di pelbagai laman e-dagang. Nak tak nak, anda kena tahan nafsu shopping sampai hujung bulan dan bayar dulu kegunaan bulan semasa. Okay?
5. Nak jadi hipster punya pasal, hari-hari minum bubble tea. Bukan main lagi!
Gaya hidup anak muda zaman kini memang jenis gilakan bubble tea. Kalau tak percaya, tengoklah sendiri orang yang beratur di kedai bubble tea, punyalah panjang. Semuanya nak jadi 'hispter' dengan air bubble tea ni. Bukan itu sahaja, harga bubble tea ini bukan RM2-3 ya. Paling tidak, anda kena sediakan RM10-RM15 untuk bubble tea ini. Mahal oi!
6. Inginkan hidup yang selesa selepas bersara tapi tak pernah terfikir untuk menyimpan wang dari awal
Anak muda sekalian, pernah terfikir apa akan jadi dengan hidup anda bila dah tak bekerja dan sudah bersara? Mesti nak hidup selesa, duit banyak, dapat travel seluruh dunia. Tapi sekarang anda langsung tak ada planning untuk menyimpan. Bila nak mula menyimpan, macam-macam alasan pula. Sibuklah, tak sempat nak fikirlah, belum tiba masanyalah, nak enjoy dululah. Tak boleh macam itu, anda kena luangkan masa untuk masa depan selepas bersara lebih cerah!
Realisasikan impian anda, jom mula menyimpan di PRS!
Untuk capai semua impian itu mesti memerlukan duit bukan? Sebab itulah ada baiknya anda merancang dan menyimpan dari sekarang. Bukan apa, sedikit sebanyak masa depan anda akan lebih cerah. Jadi jangan hanya berangan.
Jom menyimpan di PRS!
Untuk pengetahuan anda, Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang dilakukan secara sukarela dan diperkenalkan untuk membantu individu supaya dapat menyimpan lebih untuk kegunaan lepas bersara. Dengan menyimpan di PRS, kedudukan kewangan anda lama-lama akan lebih kukuh. Malah boleh dimanfaatkan apabila anda sudah bersara dan tidak lagi bekerja.
Hanya dengan menyimpan sebanyak RM100 sahaja!
Untuk pengetahuan anda, apabila anda menyimpan di PRS, anda akan dapat nikmati banyak manfaat seperti pilihan untuk membuka akaun dan menyimpan secara online atau dengan 8 Penyedia PRS, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pelbagai lagi.
Berapakah yang diperlukan untuk mula menyimpan?
Tak banyak pun! Hanya perlukan wang serendah RM100 untuk buka akaun PRS. Malah, anda juga tidak perlu ke mana-mana cawangan untuk buka akaun PRS ini.
Bagaimana caranya untuk mula mendaftar?
Hanya daftar secara online di laman web PRS Online dan mulakan simpanan untuk masa depan lebih cerah. Bulan ini simpan RM100, bulan depan RM100 lagi. Kata orang, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’!
Untuk maklumat lanjut tentang PRS yang ditadbir oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA) ini, layari laman web PPA dan follow Facebook PPA Malaysia untuk update dan promosi terkini daripada mereka.
Selamat menyimpan!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.