seismik

Nak Jimat Elektrik Di Rumah? Ini 7 Tips Mudah Untuk Anda Kurangkan Bil Melambung

Sangat sesuai untuk keluarga yang sedang berjimat-cermat.

Cover image via Harian Metro & cactusvstudio

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bil utiliti adalah antara komitmen bulanan yang tidak dapat dielakkan bagi setiap pemilik rumah mahupun penyewa

Lebih banyak peralatan elektrik dalam rumah dan jumlah penggunanya, maka bil tersebut boleh melambung kepada ratusan, malahan ribuan ringgit.

Apa yang anda boleh lakukan adalah membuat beberapa perubahan yang mudah untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah dan ia sekaligus dapat membantu anda menjimatkan wang!

Jadi, kami ingin berkongsi panduan kepada orang ramai berhubung tujuh (7) cara untuk mengurangkan bil elektrik di rumah, di samping dapat menjadi pengguna yang lebih berhemah.

1. Guna Portable Power Station dengan Solar Power Input

Portable power station yang mempunyai input tenaga solar membolehkan kita untuk mendapat sumber tenaga dari alam semula jadi.

Cara untuk menggunakannya senang sahaja, anda hanya perlu meletakkan solar panel yang telah disambungkan ke alatan tersebut di bawah matahari bagi menyimpan tenaga janaan solar.

Alat itu juga boleh digunakan untuk tiga ke empat jenis peranti dalam waktu yang sama seperti laptop atau telefon (bergantung kepada jenis soket output). Sekiranya berlaku blackout di rumah, alatan tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Nak bawa berkhemah pun boleh!

Senang cerita memang wajib ada satu di setiap rumah.

Gambar sekadar hiasan

Image via Wire Culter

2. Tukar mentol kepada lampu jenis LED

Lampu LED adalah sehingga 80% lebih cekap daripada lampu lain seperti pendarfluor. Hanya 5% daripada tenaga hilang sebagai haba, 95% ditukar kepada cahaya, sebaliknya pula pada lampu pendarfluor.

Penggunaan lampu LED (diod pemancar cahaya) mampu mengurangkan bil api di rumah sehingga 25 ke 30%.

Lampu LED menggunakan kuasa yang kurang, jadi lampu pendarfluor yang gunakan 84 watt kuasa bolehlah digantikan dengan lampu LED 36 watt.

Lampu LED juga tahan 6 kali ganda lebih lama berbanding lampu tradisional dan mampu menjimatkan tenaga.

Gambar sekadar hiasan

Image via cactusvstudio

3. Cabut atau matikan palam apabila tidak digunakan

Tahukah anda bahawa wayar pengecas telefon atau laptop masih mengalirkan elektrik apabila ia dibiarkan bersambung di soket yang hidup, walaupun anda tak gunakannya?

Jadi, amalan yang baik untuk dilakukan adalah cabut atau matikan soket di semua peralatan elektrik apabila ia tidak digunakan.

Sesetengah individu dapati bahawa mempraktikkan perkara ini telah menjimatkan sehingga 50% bil elektrik mereka pada setiap bulan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Soya Cincau

4. Tukar kepada peti ais jimat elektrik

Peti ais jenis jimat elektrik diuji, dinilai dan diberi skor sama ada alatan itu mengikut kriteria ditetapkan oleh ST bagi Standard Prestasi Tenaga Minimum (MEPS).

Secara asasnya, label yang mempunyai taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Dengan ini anda boleh menentukan sama ada penggunaan alatan tersebut mampu mengurangkan kos bil elektrik di rumah atau tidak.

Jadi, kalau anda pergi ke kedai peralatan rumah untuk membeli peti ais baru, jangan lupa cari yang jenis jimat elektrik. Sebaiknya pilih yang 5 bintang okay?

Meskipun agak mahal sedikit berbanding yang skor bintangnya lebih rendah, ia lebih menjimatkan elektrik untuk kos jangka masa panjang dan elakkan dari membuka pintu peti sejuk dengan kerap.

Image via TNB

5. Guna penghawa dingin dengan betul

Jika anda perasan di sesetengah rumah, pasti mereka akan menetapkan suhu aircond mencecah 16 celcius ekoran cuaca di Malaysia yang panas.

Namun, tabiat tersebut akan memberi implikasi terhadap bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan.

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, anda haruslah menggunakan penghawa dingin dengan cara yang betul seperti:

  • Memilih horse power (hp) mengikut kapasiti ruangan rumah.
  • Pastikan pilih penghawa dingin dengan skor 5 bintang.
  • Menetapkan suhu pada 25 hingga 28 celcius.
  • ‘Set timer’ agar penghawa dingin berhenti secara automatik pada waktu tidak digunakan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Edge Prop

6. Kawal penggunaan mesin basuh

Untuk jimat elektrik, pastikan anda penuhkan mesin basuh ketika gunakannya. Rendam mana-mana pakaian yang sangat kotor sebelum masukkannya ke dalam mesin supaya anda tidak perlu melakukan pusingan tambahan.

Guna air sejuk jika anda mempunyai pilihan suhu air pada mesin basuh. Gunakan juga ciri penjimatan tenaga jika mesin anda mempunyainya.

Gambar sekadar hiasan

Image via The Spruce

7. Pasang suis semasa (Plug-In Timer Switch)

Plug-In Timer Switch merupakan alternatif baik untuk menjimatkan elektrik. Contohnya, kalau anda atau anak anda takut gelap dan perlu ditemani lampu meja ketika tidur, maka anda perlukan peranti ini.

Oleh itu, anda boleh tetapkan pemasa untuk lampu anda dimatikan secara automatik, jadi ia tidaklah digunakan sepanjang malam.

Gambar sekadar hiasan

Image via Soya Cincau

Wah, bagus betul ya tips ini. Jangan lupa amalkan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: