seismik

Semua Pelanggan Berhenti Makan & Terus Berdiri Ketika Lagu Negaraku Dimainkan. Respect!

Ini baru betul rakyat Malaysia. Terbaik!

Cover image via @ciptamalaysia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi menghayati semangat cintakan tanah air dalam diri rakyat Malaysia, sebuah restoran bertindak memasang lagu Negaraku baru-baru ini

Namun, ini bukanlah situasi yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Tetapi, ia baru sahaja terjadi beberapa hari yang lalu di sebuah restoran.

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah restoran tiba-tiba memasang lagu 'Negaraku' ketika para pelanggan sedang sibuk menjamu selera.

Apa yang lebih membanggakan adalah kesemua pelanggan dalam restoran tersebut terus berhenti makan dan segera berdiri bagi menghormati lagu 'Negaraku'.

Malah, ada juga di kalangan mereka yang menyanyikan lagu 'Negaraku' dengan sangat bersemangat bagi menzahirkan rasa patriotik serta cintakan negara.

Sangat kagum melihat semangat patriotik dari rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum seperti ini.

"Tengok video ni rasa sebak. Semua orang bersatu hati, menghormati lagi 'Negaraku'. Hidup Malaysiaku, kita sama dan kita tiada beza," kata pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

"Ya Allah, semoga Malaysia negaraku yang tercinta aman damai buat selamanya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 480.5K views, 33.1K likes dan 1.5K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@ciptamalaysia Tengok video ni rasa sebak. Semua orang satu hati. Hormat lagu Negaraku. Hidup Malaysia ku. Kita sama . Kita tiada beza #fyp #fypviral #tiktokmalaysia #tiktokviral #fypmalaysia #madeinmalaysia #foryoupage #foryou #kualalumpur #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp original sound - CiptaMalaysia

Semangat patriotisme ini yang kita mahukan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel penuh di sini:

You may be interested in: