seismik

Nak Makan Bufet Harga Mampu Milik? Jom Ke 'Bufet Makan Malam MEAT Me' Di Element Hotel!

Sesuai untuk bawa family dan berbaloi!

Cover image via Element Kuala Lumpur

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya kalau nak pergi bufet sudah tentu harganya tak masuk akal bukan?

Kadangkala sampai tak jadi nak pergi sebab takut tak berbaloi. Jangan risau, ada pilihan yang jauh lebih murah dan anda semua pasti berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bufet Makan Malam MEAT Me @ TRACE menyajikan anda pelbagai hidangan lengkap yang pastinya sesuai dengan selera anda!

Sambil makan, sambil menikmati pemandangan panorama kotaraya Kuala Lumpur

NIkmati Bufet Makan Malam Meat Me di TRACE Restaurant & Bar yang terletak di tingkat 40 Element Kuala Lumpur. Pengunjung akan disajikan dengan aneka pilihan daging yang dipanggang secara à la minute mengikut selera pengunjung.

Antara menu yang dihidangkan adalah Kambing Perapan Rosemary Gremolata, Ayam Peri Peri Panggang, Sate Ayam & Daging serta pelbagai pilihan makanan laut segar seperti Tilapia, Siakap Barramundi, Ikan Pari, Sotong, Kupang dan Udang. Pengunjung akan teruja dengan tunjuk aksi daripada barisan Chef berpengalaman di stesen grill yang berbaloi diabadikan melalui lensa kamera.

Penggemar karnivor akan lebih teruja dengan Carving & Hot Dishes Station yang menyajikan hidangan daging istimewa yang pasti memenuhi selera pengunjung seperti Nasi Mandy Kambing Panggang, Herb-Crusted Daging Sirloin, Ayam Panggang dan Kambing Rogan Josh.

Kemeriahan ini diteruskan lagi dengan pertunjukan utama bufet iaitu dengan pertunjukan BBQ Beef Short Ribs yang manjadi tarikan ramai dimana Chef akan melewati setiap meja pengunjung untuk mempersembahkan hirisan daging yang bertekstur dan berjus apabila pengunjung menikmati hidangan sambil melengkapkan pengalaman gastromoni bufet mereka.

Nikmati potongan 20% dengan membuat tempahan awal!

Ahli Marriott Bonvoy akan menikmati potongan istimewa 20% dengan membuat tempahan awal. Tunggu apa lagi? Jom tempah sekarang!


Bufet Makan Malam MEAT Me @ TRACE

Waktu operasi: 6pm - 10pm ( Jumaat & Sabtu)

Harga Asal: RM158 untuk dewasa

Harga Diskaun: RM126.40 untuk dewasa

*Kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun menikmat bufet pada 50% potongan harga dewasa.

*Tempahan awal diperlukan.

Untuk info lanjut, layari laman web di sini

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: