seismik

Lihat Persembahan Hebat Dari 'Human Calculator' & Nama Pada Final Asia's Got Talent! Wow!

Undi, jangan tak undi!

Cover image via YouTube Asia's Got Talent

Asia's Got Talent adalah salah satu program realiti pencarian bakat yang paling popular di seluruh Asia!

Asia’s Got Talent (AGT) membawakan pelbagai bakat menarik dan luar biasa mewakili 15 negara Asia. Tidak kira umur atau apa jua impian, peserta berjuang mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD.

Image via David Foster

Peserta boleh mempersembahkan apa sahaja bakat terpendam mereka seperti silap mata, tarian, nyanyian, alat muzik, seni mempertahankan diri, akrobatik dan banyak lagi.

Para juri pula terdiri daripada pemenang anugerah Grammy dan produser muzik, David Foster, penyanyi antarabangsa, Anggun, dan artis popular Korea-Amerika, Jay Park.

Program pencarian bakat ini telah pun masuk ke peringkat akhir!

Untuk musim ketiga AGT, negara Malaysia telah diwakili oleh dua penyertaan iaitu; kumpulan gadis berhijab, Nama, dan 'Human Calculator', Yaashwin Sarawanan.

Image via NST

Pada peringkat separuh akhir yang lalu, kumpulan Nama dipilih oleh barisan juri iaitu Anggun, David Foster, dan Jay Park menerusi 'Pilihan Juri' untuk melayakkan kumpulan itu terus mara ke peringkat akhir.

Image via The Sun Daily

Sementara itu, bagi Yaashwin Sarawanan pula, dia telah berjaya menambat hati penonton menerusi sistem undian lalu berjaya melayakkan dirinya untuk mara ke peringkat akhir program pencarian bakat itu.

Untuk peringkat akhir ini, Nama telah menggunakan kelunakan suara mereka dengan menyanyikan lagu yang liriknya memang betul-betul powerful sampai remang bulu roma!

Dalam pusingan akhir tersebut, Nama yang dianggotai empat sekawan; Fazrina Ani, Fazyra Malik, Fara Dolhadi, dan Syamimi Mokhtar, telah menyanyikan lagu bertajuk Freedom nyanyian asal George Michael dan disertai oleh beberapa penari latar.

Yang menjadikan persembahan kali ini luar dari biasa adalah apabila mereka disertai oleh sekumpulan wanita dan lelaki yang rata-rata memakai t-shirt bertulis 'Freedom', sebagai tanda kuasa atau hak seseorang itu untuk bertindak, bercakap, dan berfikir seperti yang diinginkan, tanpa mempedulikan pendapat orang lain.

Lagu yang dinyanyikan oleh Nama untuk pusingan akhir ini kedengaran seolah-olah benar-benar menggambarkan diri mereka, lebih-lebih lagi kerana mereka sering ditegur sebilangan orang untuk tidak mengejar impian mereka menjadi penyanyi 'pop' hanya kerana penampilan mereka yang bertudung litup.

Anggota kumpulan Nama bukan sahaja membuktikan bahawa mereka cantik bahkan persembahan mereka juga sentiasa penuh dengan tenaga ditambah juga dengan lontaran suara yang memang baik dan penuh harmoni oleh keempat-empat ahli, menghidupkan lagi suasana setiap kali mereka menyanyi.

Lihat persembahan penuh peringkat akhir Nama di bawah:

Manakala bagi Yaashwin pula, dia kini bukan setakat Human Calculator, tapi telah membuktikan bahawa dia juga adalah Human Calendar!

Untuk ketiga kalinya, Yaashwin sekali lagi menampilkan pendekatan yang berbeza dari persembahan-persembahannya sebelum ini. Kali ini, remaja berusia 15 tahun itu telah menggunakan kekuatan mindanya bukan sekadar membuat kiraan matematik secara congak bahkan turut mengingati hari pada tarikh-tarikh tertentu dengan tepat. 

Untuk persembahan pusingan akhir AGT, Yaashwin telah menyediakan sebuah balang yang diisi dengan keratan kertas bertulis tarikh, bulan dan tahun peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia. 

Tugas Yaashwin kali ini adalah untuk meneka hari peristiwa penting itu berlaku dengan tepat. Ternyata, tekaan hari bagi kedua-dua peristiwa yang terpapar dalam kertas yang diambil oleh juri Jay Park dan David Foster adalah betul. 

Bukan itu sahaja, dalam persembahannya itu juga, dia turut menggunakan khidmat kedua-dua hos AGT iaitu Alan dan Justin. Dalam persembahannya, Manusia Kalkulator itu telah membuat pengiraan soalan Matematik panjang secara congak, bukan sahaja bagi operasi tambah tetapi juga untuk operasi yang lebih ekstrem seperti punca kuasa tiga!

Highlight pada persembahannya kali ini adalah apabila Jay Park meminta Yaashwin untuk meneka hari pada hari kelahirannya secara spontan. Yang mengejutkan adalah apabila tekaan Yaashwin itu disahkan betul oleh ibu Jay Park sendiri!



Lihat persembahan penuh Yaashwin Sarawanan aka Human Calculator di bawah:

Untuk makluman semua, juara Asia's Got Talent adalah ditentukan berdasarkan sistem pengundian para penonton.

Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan lupa undi Nama & Human Calculator!

Terdapat dua cara untuk mengundi:

1. Undian melalui Google

  • Search [Asia's Got Talent] di laman Google.
  • Tekan pada gambar peserta yang anda ingin undi.
  • Gunakan slider untuk menetapkan di antara 1-10 undian bagi persembahan kegemaran anda, kemudian klik 'Continue' dan klik 'Submit Votes'.

2. Undian melalui Facebook

  • Untuk mengundi, pergi ke laman Facebook rasmi Asia's Got Talent dan tekan pada butang 'Send Message'. Anda dikendaki untuk menghantar pesanan [Asia's Got Talent] melalui Facebook messenger. Anda kemudian akan mendapat satu auto-reply yang memaparkan tindakan anda seterusnya.
  • Tekan pada gambar peserta yang anda ingin undi. Gunakan slider untuk menetapkan di antara 1-10 undian bagi persembahan kegemaran anda, kemudian klik 'Continue' dan klik 'Submit Votes'. 
Undian tidak boleh diubah atau ditarik balik. 

Talian undian akan dibuka sebaik sahaja episod akhir tamat, iaitu bermula pada 4 April, jam 10.30 malam dan undian akan berakhir pada hari Khamis, 11 April, pada jam 11:59 malam. 

Undian boleh dilakukan setiap hari, bermakna 10 undian boleh dibuat setiap hari.

Tunggu apa lagi? Undilah sekarang!

Image via Giphy

Juara akan diumumkan pada 11 April ini, di saluran AXN (Astro 701).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat persembahan Nama pada separuh akhir di bawah:

Lihat persembahan-persembahan Yaashwin yang sebelum ini di bawah:

You may be interested in: