seismik

Nampak Padang Mahsyar & ‘Cahaya’ Datang Untuk Cabut Nyawa, Lelaki Kongsi Detik Ketika Koma

Gerun dan seram sejuk je rasa kalau dapat mimpi macam ini.

Cover image via Twitter @HuzairyHasry

Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan akhirat merupakan tempat yang kekal abadi

Kita tahu apabila tiba masanya nanti, iaitu pada hari kiamat, kesemua makhluk Allah SWT akan dikumpulkan di padang Mahsyar dan dipanggil seorang demi seorang untuk dibuat penimbangan amalan dosa serta pahala mereka ketika berada di dunia dahulu, lalu ditempatkan sama ada di syurga ataupun neraka.

Keadaan dan suasana hari kiamat ini telah diceritakan di dalam kalam Al-Quran dan kita juga sentiasa diingatkan oleh para agamawan tatkala menghadiri atau mendengar ceramah serta tazkirah agama.

Kita sebagai hamba Allah SWT hanya boleh membayangkannya tanpa betul-betul boleh mengambarkan keadaan hari akhirat. Namun begitu, baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsikan kisah bapanya yang seolah-olah mendapat gambaran kehidupan setelah mati ketika sedang koma akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi laman Twitter, Huzairy Hasry telah menceritakan kisah bapanya yang mendapat mimpi kehidupan di dunia akhirat

Bukan itu sahaja, sedari daripada koma, bapanya turut boleh melihat kelibat 'cahaya' yang datang kepada dia selama beberapa hari seolah-olah ingin menjemput dan mencabut nyawanya. Dia yang belum bersedia untuk pergi meminta peluang untuk dipanjangkan umur lagi.

Menerusi mimpi itu, bapanya mampu menggambarkan keadaan manusia di padang mahsyar, syurga dan neraka.

Image via Google

Ibarat mendapat peluang kedua untuk hidup, ikuti perkongsian yang benar-benar mampu menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah SWT.

Sudah bersediakah untuk meninggalkan dunia?

Panasnya neraka dan indahnya syurga memang tidak terkata

Setelah lebih sebulan tidak sedarkan diri, baru rasa betapa dahaganya dan nikmatnya setitis air itu

Bapa Huzairy didatangi 'cahaya' tiga malam berturut-turut seperti ingin menjemputnya

Ramai tidak sangka bapa Huzairy masih hidup ekoran kecederaan yang dialaminya sangat teruk

Huzairy tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan bapanya

Buat yang tidak tahu, bapa Huzairy telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu dan mengalami kecederaan parah sehingga koma selama lebih sebulan

Ketika insiden berlaku, Huzairy telah membuat perkongsian di laman Twitternya memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya. 

Menerusi rangkaian tweet itu juga, Huzairy turut menceritakan kecederaan yang dialami serta semua pembedahan yang terpaksa dilalui bapanya. Kalau nak diikutkan, memang benar-benar teruk keadaan bapanya sebelum ini.

Boleh click dan baca thread penuh di bawah:

Alhamdulillah, bapanya kini semakin beransur pulih

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran kepada kita untuk sentiasa beramal soleh dan bertaubat di atas dosa-doa kita

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: