seismik

Neelofa Akhirnya Memohon Maaf Atas Isu Perlancaran Tudung Di Kelab Malam

Beliau telah memohon maaf di akaun Instagram miliknya.

Cover image via Instagram @neelofa

Susulan kejadian perlancaran produk terbaru Neelofa yang telah viral di media sosial baru-baru ini, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan maaf di laman Instagram milik beliau

Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi pelancaran koleksi hijab Be Lofa di Zouk.

Noor Nabila Mohd Noor selaku Pengarah Urusan kepada syarikat terbabit telah memohon maaf terutamanya kepada peminat dan penyokong jenama Naelofar dan semua individu yang terbabit dengan insiden itu.

Menerusi caption di akaun Instagram milik Neelofa sendiri, beliau kesal dengan pemilihan lokasi dan memilih untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang demi menjaga imej produk itu sendiri

Neelofa juga berterima kasih dengan sokongan peminat dan menegaskan akan mengambil tanggungjawab penuh dan belajar dari kesilapan.

“Selepas memahami dan mengambil kira apa yang berlaku ketika malam pelancaran itu, saya secara ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan lokasi tersebut.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan. Kami akan memberi lebih perhatian pada masa hadapan dalam menjaga imej produk," ujar beliau.

"Melangkah terus, kami akan meneruskan penjemaan tudung dalam landasan yang sewajarnya," jelas Neelofa lagi.

Noor Nabila Mohd Noor turut menjelaskan khidmat katering menyajikan makanan halal sepanjang majlis

Noor Nabila menjelaskan bahawa semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

Beliau telah membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di Zouk kerana kemudahan yang ditawarkan di pusat hiburan itu.

"Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

"Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

"Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus

"Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

"Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang," katanya.

Noor Nabila turut memberi jaminan syarikat akan memastikan isu keagamaan dan kebudayaan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa depan.

Beliau turut berharap dapat diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mufti Perak dan Negeri Sembilan turut meninggalkan pesan terhadap Neelofa berkenaan isu terbabit :

Ini yang patut dijadikan inspirasi dan contoh anak muda!

You may be interested in: